SUSULAN TRAGEDI TANAH RUNTUH: PERKEMBANGAN HARI INI

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI, 6 PETANG] BERIKUT perkembangan susulan pada hari kelima tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

- Penduduk di kawasan kejadian tanah runtuh kini perlu mendapatkan pas sebelum dibenarkan memasuki kawasan berkenaanm bertujuan mengenal pasti penduduk sebenar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Ia boleh diperoleh di khemah MPAJ yang terletak di laluan Riverdale dan dibuka 24 jam.

- Jabatan Pendaftaran Negara diarah membantu mangsa kehilangan atau kerosakan kad pengenalan. Jika perlu JPN akan membuka kaunter khas berdekatan tempat kejadian bagi memudahkan mangsa memperbaharui dokumen mereka.

- Penduduk di Jalan Wangsa 11 dari blok pertama hingga rumah bernombor 54 dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana dilaporkan selamat.

- Operasi SAR dihentikan pukul 2 petang tadi.

- Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan hanya mangsa dari 14 buah unit banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa yang layak mendapat penginapan di hotel.

- Jawatankuasa Bencana Negeri Selangor mengadakan mesyuarat pagi ini.

- Jawatankuasa Operasi akan memutuskan petang ini sama ada meneruskan SAR ataupun sebaliknya.

- Kerja-kerja pembinaan jambatan besi kekal yang menghubungkan laluan utama dengan Taman Bukit Mewah sedang dijalankan oleh JKR. Laluan ini dibina bersebelahan bangunan pencawang TNB yang terletak di Taman Bukit Mewah.

- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini untuk meneliti punca kejadian dan tahap keselamatan di kawasan tanah tinggi jika pembinaan dijalankan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan