Kecoh apabila mangsa tanah runtuh gesa ‘kolonel’ mohon maaf

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa masuk hari kelima hari ini, berlaku satu lagi kekecohan apabila seorang mangsa menuntut permohonan maaf daripada Jabatan Perdana Menteri.

Mazlan Harris, penduduk Taman Bukit Mewah mendakwa salah seorang pegawai kerajaan dari jabatan berkenaan yang berpangkat ‘kolonel’ bersikap biadap kepadanya apabila mengatakan tindakan membeli rumah di kawasan tersebut adalah “bodoh” kerana dengan keadaan semulajadi.

“Bagaimana beliau sebagai pegawai kerajaan yang bertugas boleh bercakap begitu kepada mangsa seperti saya?

“Ini bukan masalah alam semula jadi tapi disebabkan tindakan manusia yang buat pembinaan dikawasan atas bukit ini,” katanya dengan nada marah hingga menarik perhatian orang ramai.

Kejadian itu berlaku ketika beliau hadir bagi membuat aduan di Pusat Khidmat ADUN di pusat operasi tragedi.

Jelasnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak wajar dikeluarkan kepada mangsa yang menghadapi tekanan sepertinya mahupun sesiapa jua.

Beliau yang tinggal di kawsan perumahan itu sejak 10 tahun yang lalu menyalahkan kejadian runtuhan yang meragut empat nyawa itu berpunca daripada pembinaan di kawasan bukit dibahagian atas rumahnya.

“Sepuluh tahun lalu masa kami beli rumah ini kerajaan beri jaminan tak akan ada pembinaan siatas bukit tersebut. Tapi sekarang banyak pembinaan dibuat, jadi siapa yang luluskan projek itu kalau bukan kerajaan?”ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan