Pakar geologi: "Saya telah lama kecewa bila sebut Bukit Antarabangsa"

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TRAGEDI bangunan Highland Towers runtuh pada Disember 1993.
TRAGEDI bangunan Highland Towers runtuh pada Disember 1993.

KUALA LUMPUR: Pengurusan dan inventori bagi kawasan cerun di Bukit Antarabangsa perlu diwujudkan bagi memastikan pihak berkuasa membuat pemantauan yang berterusan dan lebih tegas di kawasan itu.

Pakar geologi Prof Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, usaha itu dapat membantu pihak berkuasa mengenal pasti kawasan yang terdedah dengan kejadian tanah runtuh dan memberikan amaran awal kepada orang ramai agar dapat menyelamatkan nyawa penduduk di kawasan itu memandangkan kawasan itu dikenalpasti berisiko tinggi.

Beliau yang juga Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia yang terbabit dalam pelbagai kajian yang dijalankan pihak berkuasa selepas kejadian tanah runtuh di kawasan itu berkata, cadangan itu perlu dilaksanakan kerana data yang ada mencukupi hasil pelbagai kajian ke atas kedudukan tanah dan latar belakang geologikalnya.

"Kajiannya mencukupi. Para jurutera dah faham (dengan keadaan tanah dan geologikal di kawasan itu).

"Sekarang adalah masa untuk bertindak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian tanah runtuh awal pagi semalam yang meragut empat nyawa dengan 14 banglo di taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini tertimbus.

Ibrahim berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) perlu memulakan "pengurusan pemantauan dan membuat profil mengenai setiap cerun di kawasan itu."

"Pada masa ini, pihak berkuasa tidak mempunyai maklumat, di manakah cerun-cerun itu, di manakah kawasan malapetaka, dan cerun manakah yang berisiko.

"Tiada siapa yang boleh memberikan jawapan," katanya sambil mengeluh dengan usaha membuat profil kawasan berisiko tinggi di Bukit Antarabangsa.

Beliau salah seorang pakar utama yang telah menjalankan kajian ke atas Bukit Antarabangsa berikutan tragedi Higland Towers yang meragut 48 nyawa pada 1993 berkata, kesemua kajian di kawasan itu menunjukkan bahawa kawasan itu berisiko tinggi.

"Keadaan tanahnya terdedah kepada tanah runtuh dan latar belakang geologikal berkaitan dan kedudukan tanah juga membuktikan demikian," katanya.

Sambil melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengurusan cerun di Bukit Antarabangsa, Ibrahim berkata:

"Di Malaysia, sebaik sahaja sebuah syarikat membangunkan projek perumahan dan menyerahkannya kepada pemilik, semua orang lepas tangan."

"Sebenarnya, saya telah lama kecewa apabila menyebut Bukit Antarabangsa. Setiap kali hujan, saya menjangka sesuatu seperti ini akan berlaku," katanya.

Ibrahim juga terbabit dalam menjalankan kajian dalam kejadian tanah runtuh pada 5 Oktober 2002 apabila tanah yang beratnya beberapa tan meranapkan sebuah banglo dua tingkat milik Pengerusi Affin Bank Bhd, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang meragut nyawa isterinya, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua iparnya, dua cucu dan dua pembantu rumah Indonesia.

Banglo itu terletak kirakira 300 meter dari Highland Towers.

Kata beliau, sejak tragedi Highland Towers, banyak kajian telah dijalankan oleh pelbagai kumpulan dan hasilnya telah dikemukakan kepada agensi dan pihak yang berkaitan.

"Saya sendiri dan para pelajar saya telah menjalankan kajian terhadap kegagalan cerun (menyebabkan tanah runtuh) yang meragut nyawa anggota keluarga Tan Sri Ismail.

"Saya ada membuat pemetaan dan keadaan tanah.

"Selepas semua kajian ini, kami mengenalpasti kawasan ini berisiko tinggi. Keadaan tanahnya terdedah kepada tanah runtuh, keadaan tanah dan latar belakang geologikal berkaitan juga membuktikannya," katanya.

Oleh itu beliau merayu kepada pihak berkuasa dan mereka yang berkaitan supaya tidak meluluskan atau menjalankan sebarang projek di Bukit Antarabangsa walaupun tidak banyak projek pembangunan baru dijalankan di kawasan itu sejak tragedi Highland Towers 15 tahun lalu.

Sambil melahirkan perasaan kecewa dengan sikap orang ramai yang tidak menghiraukan keadaan bahaya di kawasan itu, beliau berkata, sejak tragedi Highland Towers "tiada siapa yang mahu mendengar apa yang kami temui hasil kajian itu".

"Ramai orang masih berdegil, masih mahu bangunkan (kawasan itu), tetapi alam semulajadi ini berbeda. Sesetengah tempat, memang tak sesuai (untuk pembangunan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan