Tanah runtuh: 2,000 penduduk 5 kawasan diarah pindah

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELIHATAN anggota Tentera dari Kor Kejuruteraan DiRaja Tentera Darat memasang jambatan sementara Vickers BR90 bagi menyambungkan sebuah jalan yang terputus akibat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Jambatan ini menyambungkan Taman Bukit Mewah dengan Riverdale Park Apartment bagi membolehkan penghuni yang terkandas keluar dari pangsapuri mereka. -fotoBERNAMA
KELIHATAN anggota Tentera dari Kor Kejuruteraan DiRaja Tentera Darat memasang jambatan sementara Vickers BR90 bagi menyambungkan sebuah jalan yang terputus akibat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Jambatan ini menyambungkan Taman Bukit Mewah dengan Riverdale Park Apartment bagi membolehkan penghuni yang terkandas keluar dari pangsapuri mereka. -fotoBERNAMA

[SETAKAT 9.30 MALAM] KUALA LUMPUR: Penduduk di lima kawasan telah diarah mengosongkan rumah mereka segera atas faktor keselamatan susulan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa awal pagi semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas operasi mencari dan menyelamat diteruskan lebih 40 jam.

Empat kawasan terbabit ialah:

- Keseluruhan blok kondominium Impian Selatan

- Jalan 6A Taman Bukit Jaya

- Keseluruhan Taman Bukit Mewah

- Keseluruhan Jalan 9, Taman Wangsa Ukay

- Jalan 11 Taman Wangsa Ukay

"Kawasan yang paling berisiko ialah Taman Wangsa Ukay kerana kedudukan kira-kira dua meter dari tempat tanah runtuh," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada sidang media terbaru sebentar tadi.

"Saya harap mereka ikut arahan. Kalau sebarang perkara tidak diingini berlaku, pihak operasi tidak boleh bertanggungjawab.

"Pemeriksaan mendapati kondo itu, yang terletak di lereng bukit dan berhampiran kawasan runtuhan berkenaan, berkemungkinan runtuh pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita petang ini.

Beliau seterusnya memberitahu terdapat kesilapan dalam maklumat yang disampaikan beliau tengah hari tadi, semasa beliau memberitahu bahawa Pangsapuri Kyoto Garden akan runtuh bila-bila masa.

"Maklumat yang saya beri pada persidangan berita sebelum ini, tersilap. Kyoto Garden jauh dari kawasan berisiko tanah runtuh," katanya.

Menurutnya, pangsapuri Kyoto Garden terletak di luar kawasan bahaya dan jauh dari kawasan tanah runtuh, oleh itu penghuninya tidak perlu risau.

"Kami sudah beri nasihat kepada penduduk di empat kawasan yang dinyatakan, kami tidak mahu melihat satu lagi tragedi berlaku di kawasan itu," katanya.

Khalid seterusnya memberi jaminan bahawa anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) akan memastikan rumah-rumah yang mereka tinggalkan itu dalam keadaan selamat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan