PAS nafi tuntut haramkan jual arak di Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS Selangor menafikan pihaknya ada mengesyorkan kerajaan negeri agar mengharamkan sama sekali penjualan arak di negeri itu.

Pesuruhahjaya PAS negeri, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, dakwaan bahawa parti itu mahu mengharamkan penjualan arak adalah tidak benar.

Sebaliknya jelas beliau, apa yang diusahakan adalah penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sedia ada, bukannya memperkenalkan sesuatu yang baru.

"Apa yang saya cadangkan dalam mesyuarat Exco adalah untuk melihat penjualan minuman ringan yang mempunyai unsur alkohol sebanyak 5.8 peratus iaitu yang dijual di kedai serbaneka termasuk 7-Eleven dan stesen-stesen minyak.

"Kita minta atas peruntukan yang ada di bawah undang-undang, pihak-pihak tertentu melihat perkara ini dan mengambil tindakan positif supaya ia tidak dijual di kedai-kedai terbabit," kata beliau di pejabatnya di sini, hari ini.

Hassan yang juga Exco negeri berkata, penjualan minuman ringan seumpama itu di kedai-kedai tersebut menarik golongan remaja pelbagai kaum untuk membelinya yang mana jika diminum pada lewat malam akan membahayakan keselamatan mereka ketika memandu kenderaan.

Berhubung desas-desus bahawa kertas cadangan itu telah ditolak ketika dibentang dalam mesyuarat Exco, Hassan berkata, perkara itu tidak benar kerana ia sebenarnya ditangguh kerana pihaknya mahu mendapatkan pandangan pengusaha-pengusaha kedai serbaneka terlebih dahulu.

"Kita nak dapatkan pandangan daripada pekedai, hendak tahu kenapa dia jual. Nak tahu kenapa di kawasan orang Melayu yang 90 peratusnya orang Islam, kenapa ia turut dijual.

"Kita nak tahu apa masalah yang dihadapi mereka kalau tidak dapat menjualnya di tempat mereka," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mahu mengambil kira pandangan semua pengusaha kedai serbaneka tersebut supaya suara mereka dapat didengar dan secara tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan.

"Kita nak dengar, kalau kawasan itu majoritinya kaum Cina, mungkin lain sebabnya. Mungkin ada maklum balas berbeza mengikut penduduk," katanya.

Hassan berkata, hasrat penuh untuk melarang penjualan minuman itu bukan sesuatu yang negatif kerana ia merupakan satu langkah pencegahan bagi menyegarkan kehidupan rakyat.

Katanya, keputusan lanjut berhubung cadangan itu hanya akan dibuat selepas menerima maklum balas, yang dijangkakan diadakan tahun depan, dari seluruh negeri.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa cadangan itu telah ditolak wakil DAP, Hassan berkata, hal itu mungkin timbul disebabkan mereka tidak mendapat gambaran dan fakta yang jelas berhubung perkara tersebut.

"Oleh sebab atas ketidakjelasan itu, responnya agak terkeluar sedikit," katanya yang tidak pasti bagaimana maklumat mengenai mesyuarat Exco yang sepatutnya sulit bocor.

Kata Hassan, cadangan untuk melarang penjualan minuman seumpama itu datang daripada beliau sebagai Exco negeri yang menjaga hal ehwal agama Islam dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tidak ada kena-mengena dengan PAS.

Hassan berkata, beliau kesal dengan kenyataan yang terbit khasnya di akhbar-akhbar berbahasa Cina mengenai perkara ini yang memetik sumber-sumber tertentu.

"Ia menggambarkan seolah-olah PAS tidak peka dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini sedangkan PAS tidak begitu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan