Zaid tidak sertai parti pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau tidak akan menyertai parti politik lain pada masa terdekat.

Bagaimanapun tegasnya, beliau tidak terperanjat dengan tindakan yang diambil, tetapi mempertikaikan cara keputusan diambil tanpa beri peluang untuk memberikan penjelasan.

Malah beliau turut mengakui menjadi magsa 'double standard' dalam Umno.

“Saya tidak diberi peluang untuk didengar malah saya juga tidak tahu mengenai sebarang kesalahan yang telah saya lakukan.

"Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP ataupun kongres PKR (Parti Keadilan Rakyat) untuk memprovokasi sesiapa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambahnya lagi beliau kecewa dengan Umno kerana sentiasa melihat tindakannya itu sebagai langkah provokasi terutamanya apabila bercakap mengenai isu Melayu.

"Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan...tetapi itulah sikap Umno, ia melihat provokasi dan musuh dimana-mana tanpa pedulikan mengenai keadilan asasi.” katanya.

Zaid berkata beliau akan terus menyumbangkan khidmat kepada masyarakat dengan komited untuk menguruskan .myFuture Foundation dengan membantu generasi muda memahami kepentingan demokrasi, kedaulatan undang-undang, keburukan amalan rasuah dan pentingnya keharmonian kaum.

"Saya fikir ada cara lain yang boleh saya sumbangkan untuk membentuk kefahaman yang baik, pentingnya demokrasi serta pentinya untuk tidak wujud sebarang prejudis antara kaum.

"Ini adalah perkara yang boleh saya lakukan dengan generasi muda untuk terus bercakap mengenai isu-isu penting negara," katanya.

Katanya lagi beliau bersetuju dengan dakwaan para pemimpin UMNO bahawa beliau adalah `orang kerdil’ dalam Umno yang tidak mempunyai pengaruh.

Atas dasar itu beliau dijadikan mangsa dan dihukum kerana tindakan-tindakannya, sedangkan ramai lagi tokoh-tokoh lain yang lebih berkuasa yang mencemuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta mempersendakan parti.

"Ada yang menggesa rakyat supaya mengundi parti pembangkang dan bukan itu sahaja, malah mereka mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghasut atau perkauman, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap kelompok ini.

"Mungkin juga Umno mengamalkan sikap pilih kasih," katanya dengan kecewa.

Zaid juga yakin pemecatannya daripada Umno bukan disebabkan kehadirannya dalam majlis-majlis anjuran parti pembangkang tetapi kerana idea yang dibawanya berbeza dengan pemimpin parti itu.

"Saya fikir kecaman yang dibuat terhadap saya kerana mereka tidak boleh terima idea saya, jadi pada saya mereka tidak boleh terima perubahan ini," katanya.

Ditanya sama ada beliau masih sayang kepada Umno kerana mengambil keputusan untuk tidak menyertai parti politik lain, beliau berkata: "Ini bukan soal sayang atau tak sayang...saya dah dipecat dan saya terima hakikat itu.

"Saya ada cara saya untuk betulkan pemahaman politik masyarakat, saya akan cuba dengan cara saya," katanya.

Zaid juga berkata beliau tidak akan menyertai semula Umno buat masa ini jika menerima tawaran untuk kembali semula ke dalam parti yang dianggotainya lebih daripada 23 tahun.

"Bukan Umno sekarang," katanya ringkas.

Hingga kini beliau memaklumkan tidak menerima surat pemecatannya secara rasmi dan hanya mengetahuinya melalui laporan akhbar.

"Saya hanya membaca akhbar tentang ini (pemecatan), bagaimanapun saya ada menerima sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seorang rakan yang memaklumkan 'Zaid dipecat'," katanya.

Sungguhpun demikian Zaid berkata isterinya, Shuliana Shamsuddin Alias yang turut hadir dalam sidang media berkenaan masih kekal sebagai ahli Umno.

"Isteri masih lagi ahli kerana beliau tidak dipecat," katanya sinis.

Ditanya sama ada beliau akan terus dilihat menghadiri aktiviti anjuran pembangkang, beliau berkata akan terus menghadirkan diri ke program pembangkang mahupun anjuran Umno.

"Kamu akan terus melihat saya hadir ke program anjuran pembangkan malah Umno sekalipun jika menerima jemputan.

"Namun saya percaya orang yang jemput saya itu nanti juga akan dipecat," katanya berseloloh.

Dalam pada itu Zaid berkata pemimpin Umno seharusnya menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawab mereka untuk pembangunan negara.

"Saya harap juga pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Nazri (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), Tan Sri Muhyiddin (Yassin), (Tan Sri Muhahammad) Muhd Taib dan yang lain...mereka ini selalu 'bergurau' dengan saya.

"Mereka sepatutnya tumpukan perhatian kepada kerja mereka dan masalah negara," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menyuarakan kesanggupan mereka untuk menerimanya menggangotai pakatan pembangkang itu.

Bagaimanapun jelas beliau buat masa ini beliau ingin memberikan keutamaan terhadap kerja-kerja berkaitan masyarakat sivil.

Zaid turut melahirkan penghargaannya kepada Perdana Menteri kerana memberikan peluang untuknya menganggotai Kabinet selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Malah beliau juga mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Pengerusi Badan perhubungan Negeri Kelantan Datuk Mustapha Mohamed atas segala bantuan selama beliau bersama Umno.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan