Zaid perlu buktikan dakwaan 'double standard' - Rais

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim perlu membuktikan dakwaan yang beliau adalah mangsa 'double standard' berikutan pemecatannya keahliannya daripada Umno.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Rais Yatim berkata, bukti itu diperlukan supaya Umno dapat meneliti dan memberi jawapan balas kepada dakwaan beliau.

"Beliau perlu membuktikan apa yang dimaksudkan dengan 'double standard' itu tetapi dalam pada itu, hak untuk didengar juga seharusnya dipertimbangkan.

"Saya percaya jawatankuasa disiplin parti akan dapat memberi jawapan balas kepada pihak beliau," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Zaid dalam sidang medianya hari ini mendakwa beliau menjadi mangsa 'double standard' selepas dipecat daripada Umno Selasa lalu kerana kesalahan melanggar disiplin parti berikutan kehadiran beliau di beberapa majlis parti pembangkang.

Katanya, beliau tidak terperanjat dengan tindakan yang diambil tetapi mempertikaikan cara keputusan itu diambil tanpa diberi peluang untuk memberikan penjelasan.

Katanya lagi, beliau tidak akan menyertai parti politik lain pada masa terdekat ini.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Menteri Luar berkata, keputusan Zaid sama ada mahu terus bergiat dalam politik atau tidak adalah pilihan peribadi beliau.

"Selain itu, pada saya, tindakan yang diambil terhadap beliau adalah tindakan disiplin yang telah dijuruskan kepada perlakuan beliau sendiri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan