Usul potong RM10 gaji Musa, Syed Hamid ditolak

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua usul pembangkang untuk memotong gaji Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar sebanyak RM10 kerana dikatakan gagal dalam menjalankan tugas mereka hari ini ditolak oleh Dewan Rakyat.

Usul pertama yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) untuk memotong gaji Musa sebanyak RM10 atas alasan terlibat dalam mengeluarkan surat meminta Perdana Menteri meluluskan pelantikan Web Power Sdn Bhd untuk membekalkan sistem komunikasi digital kepada Bukit Aman dan penyewaan 32 helikopter untuk kegunaan polis telah ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee melalui undi belah bahagi.

Sebelum undi belah bahagi dilakukan, usul tersebut terlebih dahulu telah ditolak apabila lebih suara mengatakan tidak bersetuju terhadap usul tersebut.

Bagaimanapun, Teresa Kok (DAP-Seputeh) membantah keputusan itu kerana mengatakan ahli Parlimen pembangkang lebih ramai daripada kerajaan.

"Boleh kita lakukan belah bahagi? Ini adalah tentang 'potong gaji'. Tadi tiada seorang pun ahli BN-BBC (Ahli Kelab Penyokong Barisan Nasional) bangun bercakap tentang isul ini, hanya Bebas yang bercakap.

"Ini menunjukkan hanya Timbalan Menteri (Dalam Negeri) yang mempertahankan Menteri dan Ketua Polis Negara," katanya yang merujuk kepada Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Star) yang sebelum itu bangun membahaskan usul tersebut.

Kiandee kemudiannya memberitahu Dewan yang 15 ahli Parlimen diperlukan untuk menyokong supaya diadakan undi belah bahagi.

Loceng kemudiannya dibunyikan selama dua minit menandakan ahli-ahli Parlimen perlu berada dalam Dewan untuk melakukan undi belah bahagi tersebut.

Kira-kira 10 minit kemudian, Kiandee memberitahu Dewan usul tersebut ditolak apabila 44 undi todak menyokong usul berbanding 30 lagi yang menyokong.

Usul kedua yang dikemukakan Kok untuk memotong gaji Musa dan Syed Hamid masing-masingsebanyak RM10 turut ditolak melalui suara majoriti dalam Dewan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan