Politik wang: Exco Negeri Sembilan dituduh kali kedua

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang Ahli Exco Negeri Sembilan didakwa terlibat kali kedua dalam isu politik wang pada pemilihan jawatan tertinggi bahagian itu, bulan lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dengan membuat laporan kepada Badan Pecegah Rasuah (BPR), berhubung pemberian sekeping cek RM1,000 yang dipercayai berkaitan amalan rasuah politik.

"Rasuah politik melibatkan exco berkenaan adalah kali kedua yang berjaya kita kesan, sebelum ini melibatkan seorang Ketua Puteri.

"Kali ini dia beri kepada seorang ketua cawangan (Umno)," katanya kepada mStar Online.

Semasa membuat laporan di pejabat BPR cawangan Seremban, Ishak turut mengemukakan salinan cek persendirian yang dikeluarkan exco berkenaan sebagai bukti sokongan.

"Dia sangat berani kerana keluarkan cek persendirian, jadi tujuan saya membuat laporan ini adalah supaya BPR bukan sahaja menjalankan siasatan kepada exco itu malah juga terhadap si penerima.

"Mungkin exco berkenaan nanti akan memberikan alasan beliau memberikan cek berkenaan untuk membayar hutang, sebab itulah kedua-dua pihak mesti disiasat," katanya.

Tambah beliau, pada mulanya beliau menerima laporan berhubung salah laku berkenaan dan mengarahkan seseorang untuk bertemu dan mendapatkan pengesahan daripada ketua cawangan terbabit.

"Kita tak boleh buat tuduhan tanpa bukti, jadi saya arahkan seseorang untuk siasat dahulu dan akhirnya saya dapat salinan cek itu sebagi bukti," katanya.

Jelas beliau lagi ketua cawangan terbabit juga menyerahkan kepadanya untuk mengambil tindakan susulan mengenai perkara itu.

"Dia sendiri tak berani nak buat aduan, jadi ini adalah tanggungjawab saya untuk membendung gejala rasuah ini dari terus berlaku," katanya.

Bulan lalu exco yang sama turut disiasat BPR atas dakwaan menyogok Ketua Puteri Umno sebuah bahagian di negeri itu sebanyak RM500 bagi tujuan yang sama iaitu meraih sokongan dalam pemilihan peringkat bahagian.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan