Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi beroperasi sepenuhnya Jumaat - Berita Semasa | mStar

Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi beroperasi sepenuhnya Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok akan kembali beroperasi sepenuhnya bermula Jumaat ini.

Pengendali lapangan terbang berkenaan memaklumkan ia akan mula beroperasi semua pada waktu tengah hari mengikut waktu Malaysia.

Rabu lalu lapangan terbang berkenaan dibuka semula untuk perniagaan, tetapi hanya akan beroperasi sepenuhnya yang dijangka dalam satu hingga dua minggu kerana pihak berkuasa terpaksa membawa balik peralatan yang digunakan di Lapangan Terbang Utapao dekat Pattaya semasa krisis penutupan lapangan terbang itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan