Wanita BN mula mesyuarat enam jam

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Barisan Nasional (BN) mula bermesyuarat selama enam jam iaitu yang kedua selepas Pilihanraya Umum ke-12 Mac lalu.

Mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 10.15 pagi tadi dipengerusikan oleh Pengerusinya yang juga Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.

Mesyuarat tertutup itu dijangka hanya akan tamat kira-kira pukul 4.30 petang dan sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu berakhir.

Menurut sumber, antara agenda yang akan dibincangkan pada mesyuarat hari ini ialah persediaan Wanita BN menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Kerusi Parlimen berkenaan kosong setelah bekas penyandangnya yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail, meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Katanya lagi persediaan gerak kerja menghadapi pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pada tahun hadapan juga berkemungkinan menjadi agenda yang akan dibincangkan.

Semua wakil parti-parti komponen BN termasuk, Timbalan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hadir pada mesyuarat berkenaan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan