Pakatan Rakyat gesa Mukhriz tarik balik kenyataan berbaur hasutan

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini menggesa ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menarik balik kenyataan beliau semalam yang mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan semua sekolah dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi bagi mengelakkan polarisasi kaum di negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Mukhriz itu berbaur hasutan dan bertujuan untuk memancing undi memandangkan Mukhriz adalah calon bagi jawatan Ketua Pemuda Umno.

"Kami rasa kenyataan itu adalah tidak sesuai untuk memancing undi dan ia tidak memenuhi Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan bahawa Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi tetapi semua rakyat diberikan hak untuk belajar dan menggunakan bahasa ibunda mereka. Jaminan ini juga telah pun diperuntukkan dalam Akta Pelajaran Malaysia.

"Jadi kami harap YB Mukhriz boleh tarik balik ucapan bersifat hasutan itu. Kalau tidak, saya rasa kerajaan mesti memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan yang wajar," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pada tahun 80an, terdapat seorang ahli Parlimen yang pernah membuat saranan supaya sekolah Cina dan Tamil ditutup dalam Dewan Rakyat dan ahli Parlimen itu telah didakwa di bawah Akta Hasutan dan didapati bersalah.

"Kenyataan YB Mukhriz ini dibuat di luar Dewan...sedangkan di dalam Dewan pun tidak ada kekebalan jika bercakap mengenai isu-isu sensitif tersebut.

"Jadi kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri perlu mengambil tindakan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan," katanya.

Ditanya sama ada beliau mahu Mukhriz turut dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan, Lim berkata apa yang dinyatakan Mukhriz itu berbaur hasutan jika berdasarkan kes yang pernah berlaku sebelum ini.

"Beliau tidak boleh berkelakuan tidak bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya beliau mengaku kesalahannya itu dan menarik balik kenyataan itu.

"Kenyataan beliau itu hanya akan mengundang kesan negatif dan tidak menghormati undang-undang," katanya.

Sementara itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Mukhriz itu sebagai komen melampau untuk memancing undi bagi jawatan yang akan ditandinginya pada pemilihan Umno Mac depan.

"Saya hormati pandangan beliau kalau beliau kata nak minta pertimbangan supaya semua pelajar belajar di bawah satu bumbung...tapi kalau kata nak batalkan, haramkan, nafikan, ini pandangan bahaya yang bukan hanya menyinggung perasaan kaum-kaum yang terbabit tapi menafikan konsep perlembagaan dan akta pelajaran yang telah diterima pakai untuk sekolah-sekolah.

"Kalau pandangan sahaja tidak mengapa tapi ini (kata) batal, sangkal, tutup. Tapi ini Umno...nak buat macam mana, itu budaya mereka. Tiada sesuatu (pandangan) yang sederhana," katanya.

Semalam, Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan semua sekolah bagi mengelakkan polarisasi kaum di negara ini dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.

Bagaimanapun katanya, pelajar Cina dan Tamil diwajibkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing dan pelajar Melayu juga diberi pilihan untuk mempelajari bahasa tersebut supaya pelajar-pelajar dapat menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan