Caj Angkasawan: MOSTI mula teliti aduan

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sejak semalam mula meneliti aduan yang dikemukakan oleh orang awam berhubung dakwaan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mengenakan bayaran RM8,000 untuk berceramah dan mengumpul dana berjumlah RM1.2 juta hasil bayaran siri ceramahnya.

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata pihak kementerian sudah mula membuka aduan-aduan yang diterima daripada orang ramai petang tadi.

“Kami akan mula membuka aduan yang diterima daripada publik petang tadi. Siasatan lanjut mengenai perkara ini akan bermula sebaik semua aduan dibuka secara rasmi,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Minggu lalu, Menteri terbabit, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata penangguhan siasatan tersebut bagi membolehkan kementeriannya mengumpul maklumat lanjut berikutan dakwaan itu merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius.

Sementara itu, Fadillah mengesahkan beliau akan mempengerusikan jawatankuasa khas untuk menyiasat secara terperinci mengenai isu tersebut.

Ketika ditanya bila siasatan tersebut dijangka selesai dan laporan penuh akan diserahkan kepada menteri terbabit, Fadillah berkata:

“Saya jangkakan, dalam tempoh seminggu siasatan berkenaan kes ini akan selesai. Namun semuanya bergantung kepada siasatan lanjut mengenai isu ini. Apa yang boleh dikatakan ialah tempoh penyiasatan sememangnya disegerakan.”

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai jumlah aduan yang diterima setakat ini.

“Saya tidak boleh dedahkan jumlahnya kerana ia akan menganggu siastan yang sedang dijalankan. Apa pun tunggu siasatan siap sepenuhnya, menteri akan keluarkan kenyataan rasmi mengenainya,” kata Fadillah.

Dalam pada itu, ketika ditanya apakah Mosti sudah menerima surat permohonan perlanjutan kontrak yang telah dihantar oleh angkasawan negara itu minggu lalu, Fadillah berkata perkara tersebut terletak dibawah bidang kuasa menteri berkenaan.

“Itu kena tanya menteri. Saya tidak boleh buat keputusan mengenainya,” ujarnya ringkas.

Jumaat lalu, Sheikh Muszaphar mengesahkan beliau telah mengemukakan surat permohonan perlanjutan kontraknya kepada Mosti Rabu lalu.

Angkasawan negara itu, kini berada di Mekah menunaikan fardhu haji bersama ahli keluarganya atas jemputan kerabat diraja Arab Saudi, Putera Sultan bin Salman yang menjadi orang Islam pertama ke angkasa lepas.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan