Seri Bayu enggan lepaskan Erema, kes cerai ditunda

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seri Bayu tidak dapat menahan kesedihan ketika berada di luar perkarangan mahkamah. (Foto The Star Oleh: SITI AZIRA ABD. AZIZ)
Seri Bayu tidak dapat menahan kesedihan ketika berada di luar perkarangan mahkamah. (Foto The Star Oleh: SITI AZIRA ABD. AZIZ)

PETALING JAYA: Hasrat penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, untuk bercerai tidak kesampaian hari ini apabila suaminya, Seri Bayu, 43, yang juga penulis lirik popular, enggan memenuhi tuntutannya.

Justeru, Hakim Syarie Ghazali Ahmad di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memutuskan supaya kes ini didengar 12 Januari depan.

Hakim Ghazali meminta Seri Bayu, nama sebenarnya Jamaludin Sulik, melantik peguam kerana dia tidak bersetuju dengan tuntutan penceraian tersebut.

Erema juga dinasihatkan melantik peguamnya.

Perbicaraan hari ini berlangsung mulai 9 pagi selama setengah jam.

Seri Bayu yang ditemui selepas sidang perbicaraan berakhir berkata, dia enggan menuruti kehendak Erema kerana dia masih menyayangi Erema.

"Saya masih sayangkan dia walaupun saya tidak dilayan seperti seorang suami. Saya ingin beri peluang supaya dia berubah dan balik ke pangkal jalan.

"Jika dia tidak berubah, hanya Tuhan sahaja yang tahu," kata Seri Bayu dalam pertuturan yang kurang jelas dan duduk di atas kerusi roda kerana menghidapi penyakit saraf.

Dalam pada itu, Erema berkata, dia tetap akan memfailkan cerai dan meneruskan niatnya untuk berpisah dengan Seri Bayu.

"Abang dah berjanji untuk melepaskan saya dengan cara yang baik melalui SMS yang dia hantar kepada saya. Jadi, saya akan tetap memfailkan cerai dan lantik peguam untuk mengendali kes ini,” beritahu penyanyi lagu Pelita Di Bawah Purnama yang hadir bersama rakannya.

Sementara Seri Bayu hadir dengan ditemani tiga orang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai rakan dan ahli keluarga angkatnya.

Erema memfailkan tuntutan penceraian di mahkamah tersebut awal bulan lalu.

Pasangan ini bernikah pada 19 Disember 2006 ketika Seri Bayu menderita penyakit saraf.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan