Umno bincang pilihan raya kecil Kuala Terengganu Rabu ini

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Umno akan berbincang kemungkinan calon-calon dan persediaan-persediaan untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada mesyuarat majlis tertinggi pada Rabu ini.

Ketua penerangannya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata Umno juga akan memerhatikan keadaan di sana nanti.

“Kami telah kehilangan seorang pemimpin seperti bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang telah banyak memberikan khidmat kepada Kabinet.

"Umno akan turun ke Kuala Terengganu secepat mungkin untuk melihat apa yang sepatutnya dilakukan dan apa persediaan untuk pilihan raya kecil bagi memastikan pemilih kekal dengan Barisan Nasional,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tentang pembangunan luar bandar bersama ahli exco negeri di pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Berdasarkan prosedur pilihan raya, pilihan raya kecil ini akan diadakan dalam tempoh 60 hari lagi.

Dalam pada itu, wartawan mStar Online melaporkan Pakatan Rakyat masih belum menentukan calon yang akan dipertaruhkan bagi menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR bersama PAS dan DAP masih belum membincangkan mengenainya kerana menghormati kematian penyandang kerusi Parlimen berkenaan, Datuk Razali Ismail.

"Nantilah, beliau baru saja meninggal," katanya selepas Majlis Perasmian Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di Shah Alam, hari ini.

Ditanya sama ada PKR akan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil berkenaan, beliau berkata soal 'beri laluan' tidak timbul.

"Ini buka soal beri laluan, apa yang penting ialah kita akan letakkan calon Pakatan Rakyat.

"Tak kira dari parti manapun, dia nanti dari Pakatan Rakyat," katanya.

Razali yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kiran pukul 6.30 petang semalam.

Dalam Pilihanraaya Umum ke-12 Mac lalu, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas, Maimun Yusof, 89, (685).

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan