Wanita PKR lulus usul tanpa bahas, mahu Selangor jadi contoh

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kongres Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2008 meluluskan tiga usul tanpa bahas untuk dibentangkan dalam Kongres Nasional Tahunan parti itu esok.

Kongres berkenaan yang dihadiri oleh 583 ahli yang dterdiri daripada 320 orang perwakilan dan 263 pemerhati sebulat suara menerima ketiga-tiga usul yang menyentuh mengenai Majlis Permuafakatan Wanita, kebebasan ekonomi dan mengenai perlaksanakan 30 peratus penglibatan wanita di peringkat pembuat dasar.

Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail mengemukan usul bagi menggesa penubuhan Majlis Permuafakatan Wanita Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan isu-isu wwanita supaya diaplikasikan dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor.

"Kami menggesa bagi menjadikan negeri Selangor kedepan dalam memimpin dan mengungguli isu-isu wanita melalui majlis ini.

"Selain itu usaha ini mesti diteruskan di kesemua lima buah negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat supaya ianya menjadi agenda merubah iklim pembangunan dan perberdayaan wanita Malaysia," katanya.

Menurut beliau, wanita adalah aset penting negara yang jika digembleng secara efektif akan menghasilkan lonjakan dalam pembangunan sosio-politik dan ekonomi negara.

"Para pemimpin wanita dan pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat mestilah proaktif dalam mendepani isu-isu wanita di semua peringkat," katanya.

Sebelum itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam Ucapan Dasarnya turut membangkitkan isu yang sama bagi memastikan penganiayaan, ketidak adilan dan diskriminasi terhadap golongan wanita dapat dibendung.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita, Haniza Mohd Talha turut menggesa Majlis Pemimpin Tertinggi PKR menunjukkan komitmen setelah meluluskan usul 30 peratus penglibatan wanita dalam semua peringkat pembuat dasar pada tahun 2000.

"Kita mahu mewujudkan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam tujuh jawatan tertinggi parti, Majlis Pimpinan Tertinggi, wakil perhubungan negeri, cawangan dan seluruh peringkat dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Malah Wanita PKR juga mahu prinsip kesaksamaan dalam struktur kuasa yang diterajui kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang itu diamalkan hingga ke tahap kementerian-kementerian termasuk lantikan menteri dan timbalan menteri di peringkat pusat.

"Perwakilan wanita dalam parti politik memerlukan langkah alternatif bagi mempercepatkan proses kesaksamaan antara lelaki dan wanita serta ia perlu dimulakan dalam struktur politik hingga seterusnya dalam kerajaan," katanya.

Usul ketiga yang dibentangkan oleh Timbalan Ketua Briged Srikandi PKR, Gan Pei Nei menggesa kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan khas untuk memastikan supaya wanita mendapat akses kepada sumber-sumber dan peruntukan kerajaan dan swasta.

"Kita juga mahu wanita berada dalam arus perdana pembangunan ekonomi," katanya.

Tambah beliau lagi, kerajaan perlu menggubal dasar agar wanita menerima sekurang-kurangnya 30 peratus dari manfaat ekonomi yang berupa bantuan kewangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan dan pihak swasta kepada rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan