Ahli Umno amal politik wang akan dilucut jawatan - Berita Semasa | mStar

Ahli Umno amal politik wang akan dilucut jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada mana-mana ahli UMNO yang terbukti bersalah mengamalkan politik wang akan dilucutkan jawatan yang dimenangi mereka.

"Mereka sepatutnya tahu (tindakan dilucutkan jawatan). Mereka lupa dengan keghairahan nak bertanding, macam-macam boleh berlaku.

"Kalau berlakunya sesuatu yang menjadi masalah, akhirnya nanti mereka akan dikenakan tindakan disiplin termasuk tinggalkan jawatan atau digantung," katanya selepas menyampaikan Anugerah Kualiti Sektor Perkhidmatan Awam 2008, di sini, hari ini.

Abdullah yang juga Presiden Umno berharap siasatan Lembaga Disiplin Umno berhubung politik wang dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti Mac depan agar mereka yang bersalah boleh digugurkan daripada bertanding.

Beliau berkata, langkah tersebut adalah bagi memastikan pentadbiran parti berjalan lancar.

"Sekiranya seseorang yang sudah dipilih untuk memegang sesuatu jawatan dan selepas itu baru didapati bersalah dan jawatan itu terpaksa dikosongkan, ia akan merugikan parti," katanya.

Abdullah berkata, beliau mendapat jaminan daripada Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang pihaknya akan cuba menyelesaikan aduan sebanyak mungkin sebelum pemilihan," katanya.

Bagaimanapun katanya, walaupun siasatan itu perlu dijalankan dengan cepat namun ia perlu dijalankan dengan rapi dan keputusan yang dibuat mestilah betul.

Abdullah berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih boleh menyiasat sekiranya wujud unsur-unsur rasuah membabitkan mereka yang bertanding.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan