PM harap Wanita Umno kendali masalah dengan baik

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap Pergerakan Wanita Umno dapat mengendalikan masalah dalaman yang sedang berlaku dengan baik demi kekukuhan pergerakan tersebut.

"Saya harap kepada Wanita tahu nak jaga pergerakan Wanita supaya tidak akan menjadi lebih lemah di masa hadapan atau selepas selesainya pemilihan (pusat) Mac ini," katanya selepas menyampaikan Anugerah Kualiti Sektor Awam di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pergolakan yang berlaku dalam Wanita Umno berikutan keputusan Naib Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mencabar ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan nombor satu pergerakan itu yang sekaligus melenyapkan peralihan kuasa yang telah dipersetujui antara mereka berdua pada Jun tahun hadapan.

Kemelut tersebut dilihat semakin manjadi-jadi apabila seorang ahli Exco, Raja Ropiah Raja Abdullah mendakwa, peralihan kuasa antara Rafidah-Shahrizat dilaksana tanpa dibincangkan antara ahli Exco dan pengumuman peralihan yang dibuat oleh Rafidah telah mengejutkan ramai ahli namun mereka terpaksa akur kerana dilakukan di hadapan Perdana Menteri dalam satu majlis.

Hal ini seterusnya mencetuskan perbalahan secara terbuka apabila beberapa ahli exco Wanita semalam meminta ahli-ahli exco supaya berhenti membuat kenyataan yang didakwa mereka memutar belitkan fakta dan akhirnya akan mengelirukan rakyat.

Abdullah ketika ditanya sama ada telah berjumpa dengan Rafidah berhubung kemelut dalam Wanita yang semakin parah itu berkata: "Nampaknya dah terlajak semua dah.

"Tak apalah...kita serahkan kepada amalan demokrasi dalam Umno untuk tentukan."

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan