Konsulat Malaysia di Mumbai diarah beri bantuan

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Konsulat Malaysia di Mumbai diarah memantau situasi yang berlaku di negara itu sepanjang masa selain memberi bantuan kepada rakyat negara ini yang memerlukan berikutan serangan kumpulan bersenjata yang mengorbankan 101 orang dan mencederakan 287 orang di bandaraya itu malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah memberitahu Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Rastam Mohd Isa supaya memaklumkan kepada Konsulat Malaysia di Mumbai berhubung perkara tersebut.

"Selain itu, saya harap mana-mana ahli keluarga rakyat negara ini yang bekerja atau sedang bercuti di Mumbai memberitahu Wisma Putra tentang maklumat mereka supaya senang untuk dihubungi," katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam di sini, hari ini.

Abdullah turut menasihatkan rakyat negara ini yang ingin ke Mumbai atas sebab-sebab tertentu supaya meminta maklumat terkini tentang situasi di bandaraya itu daripada Wisma Putra.

"Kalau ada maklumat kata tak boleh pergi, saya harap orang berkenaan dapat mematuhi nasihat Wisma Putra tentang perkara ini," katanya.

Malam tadi, sekurang-kurangnya 101 orang terbunuh dan 287 lagi cedera di dalam serangan oleh kumpulan bersenjata di hotel-hotel mewah, sebuah restoran popular dan stesen keretapi di pusat perdagangan India, di sini, malam tadi manakala pasukan keselamatan telah bertindak untuk mengepung beberapa kawasan di bandaraya tersebut, hari ini.

Sekumpulan militan Islam dikatakan terlibat di dalam serangan itu.

Menurut laporan AP, sekurang-kurangnya lapan ahli militan tersebut turut terbunuh di dalam kejadian tembak-menembak dengan polis sejak malam tadi.

Kumpulan terbabit turut merampas ibu pejabat kumpulan Yahudi ortodok Chabad Lubavitch. Sekumpulan komando India telah mengepung bangunan tersebut pagi tadi dan menurut laporan media, tembakan turut kedengaran dari bangunan tersebut.

Polis turut mengumumkan perintah berkurung di sekitar kawasan Hotel Taj Mahal dan pasukan komando dilihat berlari memasuki bangunan tersebut semasa tembak-menembak berlaku, yang merupakan serangan awal terhadap pengganas yang telah menempatkan tebusan di hotel itu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan