Gantung Dewan Rakyat Tamat tempoh dua hari Gobind masih belum hadir

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gobind Singh Deo, (DAP-Puchong) yang digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama dua hari berkuatkuasa Selasa lalu masih tidak muncul di Parlimen hari ini.

Beliau sepatutnya boleh kembali menyertai sidang Parlimen hari ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan sebab ketidak hadirannya hari ini.

Selasa lalu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. wan Junaidi Tuanku Jaafar menetapkan Gobind digantung selama dua hari kerana membantah keputusan Wan Junaidi yang memutuskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Tuntutan untuk Nazri dirujuk ke jawatankuasa tersebut ialah ekoran kenyataanya dalam Dewan bahawa bekas-bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang telah bersidang berhubung kes tersebut dan bukan dipecat oleh kerajaan.

Bagaimanapun Nazri membuat kenyataan media memperbetulkan kenyataannya itu dan memaklumkan bahawa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat semasa krisis itu memang sebenarnya dipecat.

Dalam bantahan itu juga Gobind menuduh Wan Junaidi bertindak berat sebelah kerana menganggap cuba 'melepaskan' Nazri daripada dikenakan tindakan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan