Liow Biskut keluaran Malaysia bebas melamin

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Kesemua biskut yang dijual dalam pasaran tempatan dan dieksport oleh Malaysia kini bebas dari pencemaran melamine, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.

Katanya biskut yang dicemari melamine sebelum ini telah ditarik balik dari pasaran dan telah dilupuskan.

"Berikutan dengan langkah yang diambil kerajaan dan kerjasama yang diberikan oleh pengilang, sudah tiba masanya kita membuat pengumuman bahawa biskut di Malaysia adalah bebas dari pencemaran melamine," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang biskut Julie's di Kawasan Perindustrian Alor Gajah di sini hari ini.

Liow berkata pengguna dan pengimport tidak perlu lagi meragui keselamatan biskut keluaran Malaysia kerana ia mematuhi tahap melamine yang ditetapkan selaras dengan negara lain seperti United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Hong Kong.

Katanya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bekerjasama dengan pihak industri dalam memastikan biskut keluaran Malaysia mematuhi tahap melamine yang ditetapkan.

Berikutan dengan penemuan melamine dalam beberapa jenis biskut yang dieskport terutama di rantau Asia, beliau berkata kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan pantas mengenal pasti punca pencemaran melamine dalam biskut iaitu ammonium bikarbonat yang dimport dari tiga buah kilang di China.

"Kerajaan telah melarang pengimportan ammonium bikarbonat dari tiga buah kilang di China itu," katanya.

Bagi memulihkan keyakinan pasaran dan pengguna, katanya kerajaan telah mengemukakan surat untuk menjelaskan dan meyakinkan pihak berkuasa negara pengimport akan langkah keselamatan makanan yang telah dan sedang diambil oleh Malaysia.

"Ini akan disusuli dengan sesi penerangan ke luar negara terutama pasaran eksport yang dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan akan memudahkan urusan pengeksportan biskut ke luar negara dengan mengeluarkan surat perakuan yang menyatakan biskut yang dieksport itu mematuhi tahap melamine yang ditetapkan oleh negara pengimport.

Dalam hal ini, katanya kemudahan makmal analisa melamine telah dikembangkan dan juga meliputi makmal kerajaan di Singapura.

Liow turut berpuas hati dengan pengeluaran biskut di kilang biskut Julie's yang mematuhi tahap keselamatan makanan yang tinggi dalam usaha syarikat memastikan pengeluaran biskut yang berkualiti dan selamat dimakan.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan