Senaman yoga Majlis Fatwa putuskan esok

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengumumkan pendirian mereka mengenai senaman yoga esok.

Mstar online difahamkan keputusan mengenai fatwa itu akan diumumkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz kepada mStar Online sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun enggan megulas lanjut mengenai keputusan yang akan diumumkan esok.

”Saya tak mahu komen apa-apa lagi. Kita tunggu sahaja keputusan yang akan diumumkan oleh pengerusi esok,” katanya.

Rabu lalu, Dr. Abdul Shukor Husin berkata, draf fatwa berkaitan yoga sedang disemak oleh Jakim dan keputusan mengenai fatwa tersebut akan diumumkan dalam minggu ini.

Menurut beliau, selain keputusan mengenai yoga, Majlis Fatwa akan turut mengeluarkan fatwa mengenai perkara lain yang turut dibincangkan dalam perbincangan majlis itu baru-baru ini.

Yoga menjadi isu hangat awal bulan ini apabila pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Menurut Prof Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.

"Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya.

Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan