Razak Baginda temui wartawan hari ini

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas tiga minggu dibebaskan, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda akan menyatakan pengalaman 22 bulan berada di dalam penjara pada sidang media pertamanya berhubung pembebasan beliau daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada hari ini.

Razak tiba sebentar tadi tepat jam 9.30 pagi ditemani bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda dan tiga peguam iaitu Avtaran Singh, Rozana Abdullah dan Alex Tan.

Sidang media pada hari ini dimaklumkan sendiri oleh anaknya, Rowena, 21, melalui email kepada mStar Online, kelmarin.

Razak sepatutnya mengadakan sidang media pada 6 November lalu pada masa dan tempat yang sama namun membatalkannya di saat-saat akhir.

Pada hari yang sama, Rowena mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas pembatalan sidang media tersebut.

Dalam kenyataannya itu, Rowena berkata, bapanya sedang menyesuaikan semula kehidupan sebagai seorang yang bebas selepas dipenjarakan hampir dua tahun dan ternyata penyesuaian itu mengambil sedikit masa.

Cubaan untuk mendapatkan komen daripada Razak berhubung pembebasannya itu telah dilakukan sejak hari beliau dibebaskan namun beliau enggan berbuat demikian.

Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskan Abdul Razak daripada tuduhan tersebut

Razak merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya dibebaskan 31 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah Hakim Mohd Zaki mendapati tiada kes prima facie bagi Razak untuk menjawab tuduhan.

Bagaimanapun, dua lagi terduduh iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Azilah dan Sirul Azhar akan memberikan keterangan secara bersumpah untuk membela diri mereka mulai 15 Januari tahun depan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan