Komuniti imigran jangan ambil mudah pengorbanan bangsa pribumi

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Komuniti imigran di sesebuah negara dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah terhadap pengorbanan bangsa pribumi dan keperluan untuk melindungi kepentingan kaum yang bermurah hati bagi mewujudkan suatu permuafakatan dan kemakmuran bersama.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata, bangsa Melayu di negara ini mengamalkan sifat toleransi yang tinggi terhadap imigran serta menerima mereka seadanya.

"Mereka tidak perlu mengorbankan budaya dan bahasa negara asal mereka, malah di Malaysia terdapat pemimpin yang tidak mahir terhadap bahasa Melayu pun boleh terpilih untuk menjadi wakil rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menyokong titah Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah mengenai pentingnya komuniti imigran di sesebuah negara menghormati dan menerima adat, sejarah serta sistem pemerintahan yang diamalkan di negara mereka berhijrah dan memiliki penduduk asal yang majoriti.

Tambah beliau lagi, imigran di negara ini diberikan ruang kebebasan yang luas tanpa sebarang sekatan.

"Mereka mengecapi ruang kebebasan melalui peluang mencari rezeki, mengaut kekayaan sebanyak mungkin serta kebebasan beragama dan bersuara," katanya.

Malah Ibrahim berkata, jika mengikut Perlembagaan Persekutuan, kaum bukan Melayu di negara ini juga boleh menjadi Perdana Menteri jika mendapat sokongan majoriti.

Tambah beliau, PERKASA berpendapat titah ucapan berkenaan adalah sebagai peringatan mengenai kenyataan proses penyesuaian diri oleh mana-mana kaum imigran yang berlaku di seluruh dunia, terkecuali dalam kes penghijrahan imigran di Amerika, Australia dan New Zealand, di mana penduduk asalnya dilayan dengan buruk dan kejam.

"Bagi PERKASA titah itu adalah penegasan lanjutan dari kenyataan khas Majlis Raja-raja Melayu ke-215 berhubung hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum-kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Selain itu, menurut ahli Parlimen Pasir Mas itu, imigran di seluruh dunia kebanyakannya mengikrarkan sumpah dan taat setia kepada negara baru serta pemimpin tempat mereka berlindung.

Dalam sidang media yang sama, Ibrahim turut menyuarakan perjuangan PERKASA yang meminta supaya tanah rizab Melayu diletakkan di bawah perlindungan Majlis Raja-raja Melayu.

"Ertinya ia tidak boleh dipinda di Parlimen seperti kedudukan agama Islam sebagai agara rasmi, kedudukan Bahasa Melayu serta hak keistimewaan orang Melayu tidak boleh disentuh kecuali mendapat perkenan Majlis Raja-raja," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan