Solat Zahid selar RPK pertikai prosedur tahanan ISA

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra Kamarudin (gambar) yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat.

"Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya.

"Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, penulis laman blog Malaysia Today itu tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu.

"Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid.

Ditanya mengenai dakwaan Raja Petra mengenai ceramah seorang ustaz dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikatakan menghentam agama lain dan kitab-kitab suci mereka, Zahid hanya berkata: "Saya tidak tengok. Itu dia (Raja Petra) yang kata.

Semalam, Raja Petra yang pernah ditahan di bawah ISA selama 52 hari sebelum ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Senrul terhadap pusat tahanan ISA di Kamunting kerana tidak membenarkan beliau menunaikan solat Jumaat.

Beliau juga membuat laporan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana dikatakan menghina agama-agama lain.

Beliau membuat laporan tersebut setelah menolak untuk memberi kenyataan lain berhubung dakwaan Jakim yang mengatakan beliau menghina orang Melayu, agama dan orang Islam dalam blognya.

Sementara itu, Zahid berkata, beliau menyokong usaha yang akan dilakukan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi untuk mencari jalan penyelesaian konflik berkaitan undang-undang sivil dan syariah supaya tidak wujud salah faham antara kedua-duanya.

Beliau berkata, untuk menyeragamkan antara mahkamah syariah dan sivil bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya ada komitmen dan kesungguhan politik daripada pengamal undang-undang dan pihak yang mempunyai autoriti dalam undangundang serta kerajaan.

"Saya juga sudah minta Jabatan Kehakiman dan Syariah Malaysia mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi menentukan bentuk kerjasama yang boleh diambil untuk melaksanakan usaha itu," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan