Lokasi Ayah Pin dikesan polis dan JHEAT susun tindakan bawa keluar

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah berjaya mengesan lokasi persembunyian ketua kumpulan Ajaran sesat, Arifin Muhamad, 65 atau lebih dikenali sebagai ayah Pin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, JHEAT akan bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa Ayah Pin keluar dari lokasi tersebut dalam jangka masa terdekat.

Zahid berkata, beliau telah menerima maklumat tentang lokasi tersebut daripada pegawai-pegawainya awal pagi tadi.

"Laporan terbaru yang saya terima setakat pukul 10 pagi tadi, pegawai saya melaporkan mereka sudah tahu di mana ayah Pin berada dan disembunyikan.

"Mereka akan bekerjasama dengan pihak polis untuk keluarkan Ayah Pin dan diambil tindakan sivil dan syariah," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Menurutnya, sejak Ayah Pin muncul semula di Terengganu baru-baru ini, JHEAT telah diarahkan memulakan penyiasatan.

"Apabila 'kelibat' ayah Pin dilihat di sana, saya telah hubungi JHEAT untuk ambil tindakan seterusnya berdasarkan undang-undang sivil dan syariah.

"Walaupun ada sesetengah pihak menuduh kami membiarkan dan melambatkan kes ini, tapi JHEAT telah lakukannya dengan segera," katanya.

Tambah beliau,bahagian pemulihan akidah Jakim dan JHEAT telah mengambil tindakan membetulkan akidah pengikut-pengikut Ayah Pin.

"Proses yang dibuat ini sama seperti apa yang dibuat Jakim terhadap kumpulan ajaran sesat, Darul Arqam dan usaha ini nampaknya berhasil," katanya.

Sementara itu, ketika diajukan soalan tentang ajaran sesat secara multilevel marketing(MLM)yang semakin menular sehingga kini, kata Zahid,beliau sudah menerima bahan-bahan daripada badan penyelidikan Jakim mengenai ajaran sesat itu.

"Ajaran sesat ini adalah satu usaha yang berstruktur dari pihak tertentu dan ajaran sesat ini dibuat sejak tahun 90an lagi," katanya.

Berhubung dengan gejala itu, Zahid berkata sehingga kini sebanyak 73 kes ajaran sesat telah direkodkan oleh Jakim.

Namun, ujar Zahid, kebanyakan isi kandungan ajaran itu serta ketua kumpulan terbabit telah dikenalpasti dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, berkata Ayah Pin yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat dilaporkan berada di Terengganu.

Beliau berkata, polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah JHEAT memaklumkan kepada polis untuk tidak menahan Ayah Pin sehingga siasatan selesai.

Ayah Pin pernah menggemparkan tanah air kira-kira tiga tahun lalu apabila beliau mengetuai 'Kerajaan Langit' mempunyai sekumpulan pengikut yang amat taksub dengannya.

Kumpulan yang melanggari lunas-lunas Islam itu berjaya dihapuskan, manakala Ayah Pin pula menghilangkan diri.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini menyelar JHEAT kerana tidak pernah memberi laporan berhubung kegiatan pemimpin ajaran sesat Arifin Muhamad atau "Ayah Pin" kepada beliau.

"JHEAT tidak memberi apa-apa pun laporan kepada saya...itu kelemahan pejabat agama," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman, di sini.

Beliau berkata, JHEAT perlu bertindak mengikut undang-undang sekiranya Ayah Pin terlibat dengan ajaran sesat dan menyalahi peraturan.

Ahmad mahu JHEAT bertindak proaktif dengan menahan Ayah Pin dan menyerahkan soal sama ada dia bersalah atau tidak ditentukan pihak berkuasa dan undang-undang.

"Bagi saya kalau dia betul-betul melibatkan ajaran sesat dan menyalahi peraturan, perlu diambil tindakan berasaskan undang-undang yang ada, kenapa kita nak biarkan," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan JHEAT yang tidak mahu menahan Ayah Pin sebagai satu kelemahan di pihak jabatan agama itu.

"Masalahnya pegawai-pegawai jabatan agama bercakap sedap, tetapi tidak mahu bertindak," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan