Kit Siang cabar Syed Hamid debat isu jenayah

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk mengadakan debat terbuka bagi membahaskan mengenai keadaan jenayah di Malaysia.

"Saya cabar Syed Hamid untuk adakan debat terbuka yang disiarkan secara langsung mengenai sama ada keadaan jenayah di Malaysia bertambah baik atau semakin teruk," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parliem Ipoh Timur itu juga melahirkan kekecewaannya terhadap kenyataan Syed Hamid dalam akhbar hari ini yang didakwa seolah-olah beliau adalah musuh kepada pihak polis kerana mengkritik mengenai kadar jenayah di negara ini yang semakin buruk.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Syed Hamid membidas sikap Lim yang gemar memperlekehkan kredibiliti pasukan keselamatan negara.

Katanya, beliau tidak pernah menganggap polis sebagai musuh malah memahami tanggungjawab pasukan keselamatan itu dalam memainkan peranan penting bagi memastikan tahap keselamatan negara sentiasa terjamin.

"Sepanjang 42 tahun penglibatan saya dalam politik, saya tak pernah bertindak atau memandang polis sebagai musuh.

"Malah saya tidak pernah puas dalam memberi sokongan bagi memastikan pasukan polis mendapat pengiktirafan dari segi gaji serta memperbaiki kondusi kerja mereka," katanya.

Bagaimanapun katanya, tahap paling teruk berhubung keadaan jenayah di negara ini adalah selepas Syed Hamid mengambil alih jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri sejak lapan bulan lalu.

Selain itu, Lim turut menyelar kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung yang mengatakan bahawa keadaan jenayah yang dianggap buruk di Malaysia adalah sebagai 'persepsi yang salah' oleh sesetengah pihak.

"Dengan keadaan negara menjadi semakin tidak selamat sama ada di jalanan, tempat umum atau di rumah, bagaimana beliau boleh katakan bahawa keadaan ini sebagai 'persepsi yang salah'?

"Kenyataannya itu sangat tidak bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu Syed Hamid ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, beliau tidak akan menyahut cabaran Lim untuk mengadakan debat terbuka tersebut.

"Dia suka mendapatkan publisiti. Saya tak mahu berdebat sebab saya tak mahu mendapatkan publisiti politik.

"Jika beliau mahu bercakap mengenai polis, datang bercakap dengan saya, itu tak mengapa...ini bukan untuk politik," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Lim yang menafikan bahawa beliau bertindak seolah-olah menjadikan polis sebagai musuh atau memandang rendah kredibiliti pasukan keselamatan, Syed Hamid tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini.

"Anda boleh pergi semak semula kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini mengenai polis," katanya ringkas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan