Fatwa yoga Jakim sedang semak draf keputusan minggu ini

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, draf fatwa berkaitan yoga sedang disemak oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan keputusan mengenai fatwa tersebut akan diumumkan dalam minggu ini.

"Jakim sedang meneliti draf mengenainya (fatwa yoga) dan mereka akan mengadakan pertemuan dengan saya sebelum memberitahu media mengenai tarikh pengumuman fatwa itu," kata Dr Shukor dalam sidang media di Seminar Antarabangsa Undang-Undang Perbandingan 2008 di sini, hari ini.

Menurut beliau, selain keputusan mengenai yoga, Majlis Fatwa akan turut mengeluarkan fatwa mengenai perkara lain yang turut dibincangkan dalam perbincangan majlis itu baru-baru ini.

"Keputusan mengenainya (fatwa yoga) sudah dibuat dan akan diumumkan dalam minggu ini," katanya. Ditanya bilakah beliau akan menghantar draf berkenaan kepada Jakim, Abdul Shukor berkata, dia telah menghantar draf berkaitan fatwa itu kepada Jakim untuk disemak pada minggu lalu.

Menurut Shukor, beliau tidak dapat memberi sebarang ulasan mengenai keputusan Majlis Fatwa tentang senaman yoga buat masa ini kerana kenyataannya itu akan disifatkan sebagai fatwa walaupun ia hanyalah pandangan peribadinya berhubung isu tersebut.

"Saya jarang memberi pandangan kerana kadang-kadang pandangan saya disifatkan sebagai fatwa. Walhal fatwa berbeza," ujarnya.

Tegasnya, fatwa hanya sah selepas Majlis Fatwa Negeri mengazetkan sesuatu fatwa itu. Jika tidak ia merupakan pandangan.

"Bukan saya tidak mahu memberi komen mengenainya (fatwa yoga), kerana saya bimbang kenyataan saya akan dianggap fatwa sedangkan ia terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebenarnya.

"Kita hanya menyelaras dan memberikan pandangan. Selepas itu kita perlu mendapatkan pengesahan Majlis Raja-raja (MRR) kerana kami dilantik oleh MRR," katanya.

Yoga menjadi isu hangat awal bulan ini apabila pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Menurut Prof Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.

"Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya.

Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan