Resepsi Majlis Menyambut Menantu AshrafBunga meriah - Berita Semasa | mStar

Resepsi Majlis Menyambut Menantu AshrafBunga meriah

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berkonsepkan ‘Pulang ke kampung bawa Isteri’, majlis resepsi kedua perkahwinan aktor Ashraf Sinclair dan penyanyi Bunga Citra Lestari diraikan dengan penuh kemeriahan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, di sini, malam tadi.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu berlangsung hampir tiga jam dengan pelbagai aktiviti menarik iaitu majlis menepung tawar oleh keluarga pengantin, diikuti dengan persembahan menghiburkan dan diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning.

Ashraf dan Bunga kelihatan segak dan cantik mengenakan pakaian pengantin berwarna silver dan putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry.

Majlis menyambut menantu yang menonjolkan ciri kemelayuan ini dihadiri kira-kira 700 orang tetamu yang terdiri dari kalangan ahli keluarga, rakan terdekat serta tetamu VIP.

Mereka adalah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Jamaludin Jarjis, serta ibu dan bapa mempelai Emmy Syaref dan Muchlis Rusli (ibu dan bapa Bunga), Khadijah Abd. Rahman dan Muhamed Sinclair (ibu dan bapa Ashraf).

Semalam, majlis resepsi pertama mempelai berlangsung di The Saujana, Subang dengan konsep "Lakuran English & Malay Wedding" .

Ashraf dan Bunga bernikah pada 8 November lalu di Jakarta, Indonesia.

Pasangan sama cantik sama padan ini memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Maldives sebagai lokasi bulan madu mereka.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan