Pembangkang anjur kaukus kebebasan kehakiman hari ini

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kaukus mengenai kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman akan ditubuhkan bagi mengkaji dan menilai integriti badan kehakiman di negara ini.

Menurut beliau, cadangan tersebut telah dikemukan kepada semua Ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional.

"Kita jemput semua Ahli Parlimen ke mesyuarat pertama yang akan diadakan esok pada pukul 1 tengah hari di sini," kata beliau sidang media di lobi Parlimen semalam.

Tambah beliau, menyedari mengenai badan kehakiman yang menjadi tunggak penting dalam negara, isu integriti badan kehakiman perlu dibahaskan di Parlimen.

Jelas beliau, penubuhan kaukus berkenaan juga telah dimaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Kita sudah maklumkan kepada menteri yang bertanggungjawab uruskan Parlimen, ia perlu dianggotai oleh kedua-dua pihak... itu prosedur biasa," katanya.

Anwar turut memaklumkan bahawa kaukus berkenaan juga sedang menunggu kertas cadangan rang undang-undang mengenai suruhanjaya kehakiman kerana cadangan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu dilihat begitu bertepatan dengan kehendak masyarakat.

"Kita sedang menunggu kertas cadangan tersebut kerana ia dianggap sebagai satu langkah penting serta turut boleh dibahaskan oleh kaukus itu nanti," katanya.

Ditanya siapa yang akan mempengerusikan kaukus tersebut, Anwar berkata, perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat yang akan diadakan hari ini.

"Itu kita akan tentukan esok, ahli yang menganggotai kaukus tersebut akan membuat pilihan mengenai siapa yang akan menerajuinya nanti," katanya.

Sementara itu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata, penubuhan kaukus tersebut sangat penting bagi memastikan integriti badan kehakiman negara terus terpelihara.

"Kaukus untuk pastikan badan kehakiman kita bebas daripada sebarang pengaruh adalah sangat bertepatan terutamanya dengan isu terkini yang melibatkan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi yang mengaku terlibat dengan rasuah semasa menjadi peguam dahulu," katanya.

Tambah beliau, perkara seumpama itu perlu diberi perhatian serius oleh kaukus itu nanti bagi menjadikan institusi kehakiman negara bebas dari amalan tidak sihat.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan