Nazri kesal buat kenyataan enam hakim bukan dipecat

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat.

"Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup...saya katakan 'mereka mungkin dipecat'.

"Itu tidak benar sebenarnya. Saya faham mereka tidak dipecat kerana mereka menerima pencen sejak 20 tahun yang lalu," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Nazri menjelaskan kekeliruan itu berlaku kerana perkara tersebut tidak seperti kebiasaannya.

"Dalam kerajaan, bila kita diberikan pencen, kita faham kita tak buat apa-apa kesalahan, tapi kalau kita dipecat, pencen tidak akan diberikan.

"Tapi dalam kes ini hakim-hakim itu terima pencen. Namun saya ambil masa untuk semak semula dan dapati ada surat daripada Yang Dipertuan Agong meminta supaya pencen tetap diberikan kepada mereka," katanya.

Jelas beliau, surat tersebut telah dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara ketika itu pada tahun 1988 yang meminta untuk tetap memberikan pencen kepada hakim-hakim berkenaan.

Katanya lagi, beliau tidak mempunyai niat untuk berbohong atau menyembunyikan fakta mengenai status hakim yang dipecat itu sehingga menemui surat yang diberikan sekretariat Kabinet berhubung perkara berkenaan.

"Sekarang saya dah dapat surat tersebut, jadi kalau kita sangkakan dalam tempoh 20 tahun ini mereka (hakim) tidak menerima pencen...itu salah, kita tak tahu kerana ia tidak dihebahkan," katanya yang mengaku menerima surat berkenaan dalam minggu ini.

Ditanya sama ada kerajaan berasa bersalah atas pemecatan hakim-hakim tersebut, Nazri berkata perkara itu di luar bidang kuasanya.

"Sama ada mereka bersalah atau tidak bukan tanggungjawab saya, saya hanya nak betulkan kenyataan saya sebelum ini," katanya.

Mengulas mengenai isu pendedahan jumlah pembayaran ex-gratia tersebut, Nazri memaklumkan bahawa kerajaan tidak mempunyai hak untuk merahsiakan jumlah tersebut daripada rakyat.

"Apa jua yang kita buat, kita perlu nyatakan kepada masyarakat kerana wang tersebut ialah wang rakyat.

"Kita tidak ada hak untuk buat perjanjian dengan hakim-hakim tersebut untuk merahsiakan jumlah pembayaran tersebut," katanya.

Namun katanya, kerajaan tidak akan mendedahkan jumlah tersebut selagi Parlimen tidak membuat sebarang permintaan atau gesaan untuk itu.

Sementara itu, keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar itu kepada dewan, akan diketahui minggu hadapan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata, beliau perlu menyemak semua butiran kerana perkara itu melibatkan banyak implikasi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan