BNBBC tidak berminat sertai kaukus badan kehakiman

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan bahawa tidak ada ahli kelab tersebut yang berminat untuk menyertai Kaukus Integriti dan Kebebasan Institusi Kehakiman yang ditubuhkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Kami berterima kasih kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas jemputan menyertai kaukus berkenaan, tapi ingin saya tegaskan bahawa tak ada seorang pun ahli BNBBC yang akan menyertainya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi di Parlimen, di sini.

Menurutnya, BNBBC hanya dimaklumkan mengenai penubuhan kaukus berkenaan pada persidangan sesi petang melalui kenyataan akhbar yang menjemput penglibatan wakil kelab itu bagi mengisi kekosongan jawatan timbalan pengerusi kaukus berkenaan.

Mesyuarat penubuhan kaukus berkenaan yang diadakan tengah hari tadi bersetuju melantik Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sebagai pengerusi.

Sementara itu, tujuh orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut dilantik menganggotai kaukus yang bertujuan mengkaji dan menilai badan kehakiman negara.

Bagaimanapun, pada mesyuarat berkenaan, Barisan Nasional (BN) hanya diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang hadir memberikan sokongan.

Tiong berkata, penglibatan mereka menerusi kaukus berkenaan tidak bermakna kerana majoriti ahlinya adalah terdiri daripada pakatan pembangkang.

"Apa akan jadi nanti kalau mereka yang lebih berkuasa?" katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Mokhtar Radin ketika ditemui di lobi Parlimen mempertikaikan keikhlasan pembangkang mengajak ahli Parlimen BN menyertai kaukus tersebut.

"Kita tak tahu sejauh mana keikhlasan mereka, persoalannya mereka tak ikhlas langsung.

"Tiba-tiba kita dapat surat daripada mereka untuk minta kita isi jawatan timbalan, kalau nak betul-betul ikhlas...kita kena bincang sama-sama," katanya.

Dalam pada itu, Nazri ketika ditemui di lobi Parlimen semalam mempertahankan kehadirannya dalam mesyuarat berkenaan bersama 30 ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkenaan. Tegas beliau, kehadirannya di dalam mesyuarat berkenaan adalah atas jemputan dari pejabat Ketua Pembangkang.

"Saya pergilah sebab kerajaan sememangnya menyokong integriti, sebab itu kita ada IIM (Institut Integriti Malaysia), jadi saya kira kalau ahli Parlimen nak wujudkan kaukus... ini satu benda yang kita patut sokonglah, tak ada sebab kita tak sokong.

"Ahli Parlimen berhak untuk bangkitkan apa isu sekalipun, kita ada macam-macam kaukus seperti kaukus Myanmar, Kaukus Hak Asasi Manusia, jadi kita rasa integriti penting... setujulah," katanya.

Ditanya mengapa mesyuarat itu tidak dihadiri ahli Parlimen BN, Nazri berkata, ia terpulang kepada diri masing-masing.

"Saya tak tahu kenapa mereka tak muncul .. saya menteri yang jaga undang-undang, kehakiman, dan integriti, jadi kena hadirlah.

"Kalau menteri pergi, apa yang menghalang orang lain datang pula... kalau nak kira ambil risiko, saya ambil risiko tinggi lagi sebab saya menteri, takkan kerana saya hadir satu kaucus mengenai integriti, saya nak kena buang pula...fikirlah sendiri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan