Pembangkang sambut baik lantikan Aziz Pengerusi baru SPR

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa mulai 31 Disember ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Yang diPertuan Agong memperkenankan pelantikan Abdul Aziz mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan Abdul Aziz, 58, sebagai Pengerusi SPR berkuatkuasa mulai 31 Dis ini sehingga beliau genap berusia 66 tahun, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Aziz dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 24 Jan 1950.

Abdul Aziz, yang sebelum bersara wajib pada 24 Jan 2006 berkhidmat sebagai Ketua Setiusaha Dalam Negeri, dan dilantik semula memegang jawatan yang sama secara kontrak.

Pelantikan Abdul Aziz sebagai Pengerusi SPR adalah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang tamat tempoh perkhidmatan kerana mencapai umur 66 tahun pada 30 Disember ini.

Mohd Sidek, bagi pihak Kerajaan, mengucapkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan Abdul Rashid sebagai Pengerusi SPR selama lapan tahun dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pelantikan Abdul Aziz.

Kata Anwar, Pakatan Rakyat rakyat akan menunggu kenyataan awal Abdul Aziz berhubung pendekatan yang bakal diambil.

"Kita akan tunggu kenytaaan awal dan langkah-langkah yang beliau akan ambil sebelum ditentukan sikap kita berikutnya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen semalam.

Anwar turut menyifatkan Abdul Aziz sebagai seorang yang baik serta berwibawa.

"Kita kenal Tan Sri Abdul Aziz sebagai pegawai pentadbir yang baik dan berwibawa, tapi kita tahu bahawa tugas SPR selama ini paling tidak menyenangkan pelbagai pihak dan dipertikaikan ketelusannya.

"Oleh yang demikian pihak pakatan amat mengharapkan seorang tokoh yang betul-betul dianggap bebas untuk mengendali atau memimpin SPR," katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berharap Abdul Aziz memikul amanah yang diberikan dengan bebas dan adil.

"Beliau kini sebagai seorang Pengerusi SPR bukan sebagai seorang setiausaha kementerian ataupun sebagai seorang kakitangan awam senior," katanya.

Menurut beliau lagi, Abdul Aziz perlu memikul tanggungjawab yang diberikan dengan profesional tanpa menimbulkan keraguan mana-mana pihak.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan