Mahathir Ketua Naib Ketua Wanita Umno wajar dipertandingkan - Berita Semasa | mStar

Mahathir Ketua Naib Ketua Wanita Umno wajar dipertandingkan

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita wajar dilaksanakan kerana ia mencerminkan nilai demokrasi dalam pergerakan itu.

"Pada saya, ia (pertandingan) sesuatu yang baik kerana ia demokrasi.

"Jika tiada wang yang terlibat, saya rasa jawatan itu patut dipertandingkan," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Bangsa Malaysia" di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata, bagaimanapun ia terpulang kepada Wanita untuk menentukan siapa yang patut dan tidak patut memegang kedua-dua jawatan tersebut.

Isnin lalu, keputusan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita Umno mengekalkan pelan peralihan kuasa di antara ketua pergerakan itu, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009.

Mesyuarat yang dihadiri oleh 27 Exco itu juga membuat ketetapan bahawa jawatan Ketua dan Naib Ketua tidak akan dipertandingkan demi perpaduan dan pengukuhan sayap kanan Umno itu.

Bagaimanapun, Exco Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang telah meraih cukup pencalonan bagi jawatan Naib Ketua pergerakan itu tetap dengan pendiriannya untuk bertanding jawatan itu dan menolak pelan peralihan kuasa yang dipersetujui pada 4 Ogos lalu.

Shahrizat dalam kenyataannya semalam juga berkata, beliau masih berpegang dengan pendirian bahawa pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno dan Naib Ketua Wanita Umno perlu diselaraskan dengan badan induk, Pemuda dan Putera sempena Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan