Temubual bersama Raja Petra

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Berikut adalah transkrip penuh temubual wartawan mStar Online bersama Raja Petra Kamaruddin (RPK) di kediamannya di Sungai Buloh hari ini.

Soalan: Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran RPK selepas dibebaskan daripada tahanan ISA semalam?

Jawapan RPK: Saya sangat letih dan mahu berehat. Saya tidak cukup tidur sejak dibebaskan semalam. Selepas dibebaskan saya pergi rumah kawan yang mengajak saya makan dirumahnya dan kami berbual panjang tentang pelbagai perkara.

Selepas itu saya ke Seremban dan apabila pulang ke rumah sudah pukul dua pagi. Bila balik rumah saya bukak laptop saya dan buat kerja hingga pagi. Bila dah pagi ramai kawan-kawan dan saudara mara saya mula berkunjung ke rumah. Mereka datang kerana ingin berjumpa dan bertanya khabar setelah hampir dua bulan saya ditahan. Saya tak dapat tidur yang cukup sejak Jumaat lalu.

Perkara pertama yang saya lakukan adalah berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara mara dan berbincang dengan mereka sejak dibebaskan 24 jam yang lalu.

Sejak jam 3 petang semalam saya asyik bercakap dan bertemu dengan mereka. Rasanya dalam tempoh 24 jam yang lepas saya masih berjumpa dan berbincang dengan mereka mengenai pelbagai perkara.

Saya juga meluangkan masa untuk mengemaskini beberapa perkara di laman blog saya. Ia bukan perkara pertama yang terlintas difikiran tapi kerana terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian selepas dibebaskan semalam.

Saya juga berfikir apa yang akan saya buat sekarang, apa yang perlu saya tulis dalam blog saya. Semasa berada dalam di kem Kamunting saya sempat menulis 6 hingga 7 buah artikel dan saya akan menunggu masa yang sesuai untuk menerbitkannya di lawan web Malaysia Today.

Soalan: Ditahan selama 52 hari di kem tahanan ISA, di Kamunting, apa sebenarnya terjadi kepada RPK?

Jawapan RPK: Tak banyak bezanya, saya diletakkan dalam keadaan orientasi dan saya keseorangan dalam sel berkenaan. Hanya saya seorang diletakkan di blok berkenaan.

Setiap hari bermula pada jam 7 pagi mereka (pegawai polis) buka sel saya dan biarkan berjalan dan duduk dalam blok berkenaan sahaja. Saya tidak dibenarkan ke mana selain berada di tempat tersebut.

Untuk menghabiskan masa yang terluang saya banyak membaca ada buku pelbagai genre. Ada buku yang dapat saya habikskan dalam masa sehari ada juga buku saya habiskan dalam dua hari, semuanya terpulang kepada ketebalan buku berkenaan.

Dan apabila tiba jam 7 malam saya dikunci dalam sel tempat dan begitulah pada hari-hari seterusnya. Cuma pada waktu malam saya sukar untuk membaca kerana lampu dalam sel tidak berapa terang.

Soalan: Bagaimana dengan makanan dan suasana di dalam sel di sana?

Jawapan RPK: Saya tidak sentuh langsung makanan yang diberikan dalam kem berkenaan selama dua bulan ditahan. Saya hanya minum susu yang diberikan oleh isteri saya Marina setiap hari. Itu sahaja. Begitulah rutin harian saya selama berada di kem Kamunting.

Soalan: Adakah RPK yakin akan dibebaskan semalam?

Jawapan RPK: Semasa mereka (barisan peguamnya) memfailkan habeas korpus keyakinan saya untuk menang hanya sekitar 30 peratus. Tapi apabila saya lihat sendiri hujah-hujah yang dikemukakan oleh barisan peguambela saya mula percaya peluang untuk menang kes ini ada, tapi peluangnya masih 50-50.

Saya rasa peguam saya telah menjalankan tugas mereka dengan baik Mereka mengumukakan hujah-hujah yang kuat untuk menolak penahanan saya di bawah akta ini. Mereka buat kajian yang mendalam berkenaan dakwaan ke atas saya.

Namun apa yang jelas saya dapat lihat hakim semalam telah membuat keputusan berdasarkan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Dia juga tidak melihat kes saya dari sudut politik..

Dia tidak takut untuk membuat keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan dan dia yakin keputusan yang dibuatnya.

Saya fikir Pak lah tidak campur tangan dan beliau serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan membebaskannya. Saya juga yakin campurtangan politik dalam pembebasan saya semalam. Semuanya diserahkan kepada mahkamah kerana itu saya dibebaskan.

Soalan: Adakah RPK yakin ditahan di bawah kerana ingin melindungi kepentingan politik seseorang?

Jawapan RPK: Bagaimana saya hendak tahu. Jika di lihat pada cara saya didakwa, bukti yang dikemukakan sangat tidak kukuh dan banyak kesilapan. Saya rasa menteri berkenaan patut meminta nasihat Peguam Negara untuk memberi nasihat sebelum menandatangani surat dakwaan ke atas saya. Dia sepatutnya meletakkan undang-undang lebih daripada kepentingan politik.

Membuat tuduhan mengatakan saya mengajak masyarakat Islam supaya tidak bersembahnyang, semuanya tidak masuk akal. Saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Apa yang saya maksudkan dalam artikel yang saya tulis adalah satu sindiran sinis kepada mereka yang membawa maksud sebaliknya daripada apa yang saya tulis.

Semasa saya disoal siasat oleh pegawai polis (special branch), saya telah menerangkannya, barulah mereka faham. Masalahnya mereka tidak faham apa yang saya tulis, adakah itu salah saya apabila mereka tidak boleh mentafsirkan artikel Bahasa Inggeris yang saya tulis.

Jika Bahasa Inggeris yang saya tulis mereka tidak faham adakah itu menjadi satu kesalahan dan sebab itu saya perlu dihantar ke Kem Kamunting? Semua ini tidak masuk akal, saya tidak boleh menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik dan jika anda tidak faham dengan artikel yang saya tulis, anda tidak perlu baca. Itu lebih baik. Soalan adakah RPK diberitahu sebab penahanan di bawah ISA?

Jawapan RPK: Apa mereka (polis) beritahu saya ditahan kerana menghina Islam dan penyiaran artikel menghina Nabi Muhammad dan artikel Let’s sent The Altantuya murder to hell. Setelah saya jelaskan kepada mereka, mereka berjanji akan membuat satu laporan mengenai maksud sebenar artikel yang disiarkan dalam laman web saya.

Namun keesokan harinya, mereka datang bukan membawa laporan tapi membawa surat penahanan, saya akan ditahan di Kem Kamunting. Pada masa itu saya terkejut dan tidak tahu mahu bercakap apa lagi dan hanya berserah. Mereka suruh saya tanda tagan surat untuk menghantar saya ke kem Kamunting, saya enggan berbuat semikian. Saya kata saya tak tahu permainan apa yang sedang berlaku ke atas saya.

Soalan: Adakah RPK ditahan kerana artikel ‘Lets sent the Altantuya murder to hell’?

Jawapan RPK: Ini salah satu sebabnya. Namun satu perkara yang agak pelik adalah saya didakwa dua kali atas satu kesalahan yang sama. Saya telah didakwa di bawah Akta Hasutan tapi pada masa yang sama saya ditahan di bawah ISA kerana menulis artikel berkenaan. Bagaimana saya boleh didakwa dua kali atas satu kesalahan yang sama, ini satu perkara yang pelik. Mana satu yang mereka mahu, hendak dakwa saya atau tahan saya? Saya tidak faham.

Soalan: Bagaimana dengan perjalanan kes RPK didakwa dibawah Akta Hasutan kerana memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Dati Seri Rosmah Mansur, Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya sebagai saksi yang menyaksikan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibbuu?

Jawapan RPK: Kes tersebut sedang berjalan dan akan disambung Isinin ini. Saya akan hadir pada kes tersebut. Peguam saya, Gobing Singh juga akan bertanya soalan kepada pegawai penyiasat ACP Gan yang meyiasat kes pembunuhan tersebut. Saya serahkan kepada peguam saya untuk membuat apa yang mereka mampu lakukan saya tidak mahu campurtangan.

Soalan: Bagaimana dengan peguam tertuduh kes pembunuhan Altantuya, Koperal Sirul Azhar Umar, adakah RPK bersedia untuk menjadi saksi pada 10 November depan?

Jawapan RPK: Saya serahkan semuanya kepada peguam saya dengan peguam Sirul untuk berbincang. Mereka lebih arif mengenainya. Jika peguam saya merasakan saya perlu menjadi saksi kepada Sirul saya akan ikut. Cuma kali ini tangan saya tidak lagi digari.

Soalan: Bagaimana dengan cadangan RPK untuk memansuhkan ISA?

Jawapan RPK: Ia bukan cadangan saya. Saya tidak mampu mengahapuskannya seorang diri. Persatuan seperti Gerakan Mansuhkan ISA yang ditubuhkan oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor telah melakukan pelbagai program dan saya memberi kerjasama yang baik dengan persatuan ini. Lebih baik saya menyokongnya.

Hari ini saya lihat banyak pihak mahu ISA dimansuhkan kerana parti politik kerajaan seprti Gerakan dan MCA turut sama mahu ia dimansuhkan. Saya rasa ini petanda yang cukup baik kepada kerajaan untuk menghapuskannya.

Soalan: Adakah penggunaan ISA menyekat kebebasan media di negara ini?

Jawapan RPK: Saya tidak tahu apa yang difikirkan oleh kerajaan. Jika ada kesalahan tertentu, tangkap mereka di bawah. Tahan mereka di bawah ISA. Mereka patut lebih terbuka dalam menilai kesalahan sesuatu perkara.

Soalan: Menjadi seorang penulis yang kontroversi dengan artikel-artikel tulisan RPK apakah yang ingin anda capai?

Jawapan RPK: Bukan mudah menjadi penulis kontroversi seperti saya.Risikonya tetap ada. Mungkin ditahan di bawah ISA. Hakikatnya saya menulis untuk mengkritik agar masyarakat mempunyai kesedaran tentang isu-isu sejagat. Saya tidak hanya menghentam kerajaan, saya juga ada mengkritik PAS. Ini termasuklah artikel terbaru yang saya tulis semasa di Kamunting, saya ada tulis tentang Zulkifli Nordin tidak terkecuali PAS pun ada. Saya mengkritik apa yang saya rasa tidak betul.

Apa yang penting saya mahu mereka turut serta dan bangun menegakkan apa yang tidak betul terjadi di negara ini. Saya mahu semua orang turut serta dalam menyelesaikan masalah tersebut. Saya tidak mahu mereka menjadi penonton dan tahu mengkritik sahaja.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan