Strategi Umno siasat dakwaan rasuah tidak boleh didedah - Tengku Ahmad Rithauddeen

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Strategi dalam menyiasat dakwaan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa sepanjang persidangan perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti Mac depan tidak boleh didedahkan bagi memastikan ia dapat dijalankan dengan berkesan.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, mesyuarat dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah dijalankan dua kali sejak tiga hari lalu berhubung perkara itu.

"Dalam mesyuarat itu, kita bincangkan secara umum apakah langkah yang akan kita ambil (untuk menyiasat dakwaan) tapi kita tidak boleh nak beritahu apakah strategi kita," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang disiarkan sebuah akhbar tempatan hari ini berhubung mekanisme yang akan digunakan Lembaga Disiplin Umno dan BPR dalam menyiasat dakwaan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa sepanjang persidangan perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti Mac depan.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, dalam mesyuarat pertama, BPR diwakili oleh Ketua Pengarah BPR, Datuk Shukri Abdull dan yang kedua oleh Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kasssim Mohamed.

Ditanya sama ada mesyuarat itu akan dijalankan secara berperingkat, Tengku Rithauddeen berkata, ia masih belum diputuskan.

"Saya tak tahu lagi bila mesyuarat seterusnya akan diadakan. Ia (mesyuarat) tak tentu," katanya.

Beliau juga enggan mendedahkan jumlah kes yang dirujuk oleh Lembaga Disiplin kepada BPR.

Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Lembaga Disiplin Umno dan BPR sudah menemui mekanisme yang akan digunakan untuk menyiasat dakwaan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa sepanjang persidangan perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti itu, Mac depan.

Dua mesyuarat antara Lembaga Disiplin dengan BPR itu turut bersetuju untuk mengambil beberapa langkah khusus dalam usaha membendung gejala politik wang daripada berleluasa.

Sementara itu, Shukri yang juga enggan mendedahkan mekanisme siasatan itu turut dilaporkan berkata, kedua-dua pihak sudah mencapai kata sepakat berhubung langkah yang perlu diambil untuk menangani gejala politik wang dalam Umno selain cara berkesan untuk menyiasat kes berkenaan.

Katanya, BPR juga sudah mengeluarkan arahan kepada semua pengarah BPR negeri supaya memantau perjalanan persidangan perwakilan Umno bahagian yang masih berlangsung bagi memastikan ia bebas daripada unsur rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan