Mesyuarat Isnin dipercaya urai teka-teki status pelan peralihan Wanita Umno

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan mengenai mesyuarat Exco Wanita Umno yang dijadualkan berlangsung Isnin ini, namun beliau bagaimanapun tidak mengetahui agenda mesyuarat itu.

"Apa yang pasti, saya hanya tahu ada mesyuarat Wanita, Isnin ini. Saya tahu, Tan Sri Rafidah yang akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.

"Tetapi, saya tidak diberitahu tentang agenda mesyuarat itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

mStar Online difahamkan, keputusan sama ada jawatan Ketua Wanita Umno akan dipertandingkan atau sebaliknya dijangka bakal diputuskan Isnin ini dalam mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat parti.

Shahrizat bagaimanapun masih enggan memberi sebarang komen mengenai pendiriannya sama ada akan bertanding untuk jawatan itu.

Mesyuarat tersebut dijadualkan bermula pada 10:30 pagi itu dijangka membincangkan perkembangan terkini keputusan persidangan perwakilan Wanita Bahagian yang akan berkahir Ahad ini.

Sehingga kini keputusan mesyuarat bahagian yang telah berlangsung menyaksikan ada bahagian yang memilih untuk tidak mengikut pelan peralihan kuasa yang telah diputuskan sebelum ini.

Ketika ini Rafidah telah mendapat 110 pencalonan bagi mempertahankan jawatan Ketua Wanita, manakala Shahrizat berjaya memperoleh 66 pencalonan.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita, Shahrizat mendapat 98 pencalonan dan Exco Wanita Pusat, Datuk Kamilia Ibrahim berjaya memperoleh 66 pencalonan.

Sebelum ini Rafidah berkata, beliau hanya akan mengumumkan pendiriannya berhubung isu desakan peralihan kuasa dalam pergerakan itu selepas semua Umno bahagian selesai bermesyuarat dan membuat pencalonan. Dalam pada itu, Setiausaha Pergerakan Wanita, Datuk Faridah Hassan yang dihubungi berkata, mesyuarat yang akan diadakan Isnin ini hanya akan membincangkan agenda biasa.

"Kita akan membincangkan agenda biasa dalam mesyuarat kali ini. Yang lain-lain perlu tunggu Isnin ini," katanya.

Beliau turut mengesahkan Rafidah akan mempengerusikan mesyuarat Wanita Barisan Nasional pada pertengahan bulan ini.

Semalam, Kamilia yang juga Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar berkata beliau bersedia menentang Shahrizat untuk merebut jawatan nombor dua pergerakan itu, jika Shahrizat masih tetap dengan pendirian enggan merebut jawatan Ketua wanita Umno pada pemilihan parti, Mac depan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan