Kes khalwat Norman-Memey: JAIS tolak dakwaan kemungkinan sabotaj

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam (JAIS) daerah Gombak menolak kemungkinan tangkapan khalwat ke atas aktor Norman Hakim dan pelakon baru Memey Suhaiza baru-baru ini disebabkan faktor sabotaj.

Ketua Penguatkuasa JAIS daerah tersebut, Khairul Hazri Sulaiman berkata, pihaknya menerima aduan seperti mana kes-kes khalwat yang lain dan menjalankan tugas seperti biasa.

"Ini bukan sabotaj. Berdasarkan siasatan kita, kes ini agak 'kuat' juga, tetapi saya tidak mahu menjelaskan dengan lebih lanjut tentang hal ini kerana kita masih jalankan siasatan terperinci.

"Apapun, setakat ini mereka (Norman dan Memey) tetap akan dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak awal Januari depan. Tarikhnya kita belum tetapkan lagi.

"Mungkin juga ia akan dipercepatkan...tetapi semuanya akan bergantung kepada hasil siasatan," ujar Khairul, sambil enggan memberikan komen lanjut.

Norman dan Memey ditahan pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi.

Norman yang membuat kenyataan sebelum ini tidak menafikan kemungkinan ada pihak yang ingin memerangkapnya.

Kes itu membuatkan pergolakan rumahtangga yang dihadapi Norman dan isterinya, pelakon Abby Abadi sebelum ini semakin 'bergegar' sehingga Abby mengambil keputusan untuk memfailkan cerai.

Walaubagaimanapun, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Isnin lalu setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.

Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila tidak lama dulu Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Namun, aktor itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira dua minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.

Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan