Jakim akan keluarkan risalah panduan bersumpah cara Islam

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan risalah tentang garis panduan bersumpah menurut hukum Islam kepada orang ramai tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekeliruan tentang perkara itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, perkara itu telah pun diteliti sebaik mungkin dan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang berlangsung minggu lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkata, beberapa perkara berkaitan Islam juga telah dibincangkan pada mesyuarat itu termasuklah tentang hukum mengangkat sumpah di dalam Islam bagi mengelakkan pemahaman berbeza di kalangan tokoh agama dan masyarakat.

"Isi kandungan panduan itu telah diputuskan dan ketika ini, Jakim sedang menyusun garis panduan tersebut.

"Kita akan perbincangkan lagi tentang panduan ini pada Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang seterusnya berkemungkinan pada bulan hadapan, sebelum panduan tersebut mula diterbitkan kepada orang awam," kata Wan Mohamad ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota Majlis Fatwa Kebangsaan akan menggubal satu garis panduan sumpah berdasarkan nas, agar selari dan tiada perbezaan pendapat di kalangan tokoh agama.

Soal sumpah menurut hukum Islam menimbulkan kekeliruan apabila bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 16 Ogos bersumpah atas nama al-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bagaimanapun sumpah yang dibuat Saiful mengundang pelbagai polemik berkaitan status sah sumpah itu sendiri.

Ada pendapat mengatakan sumpah itu tidak mengikut syariat Islam, malah ada menyatakan sumpah berkenaan tidak menepati apa dikehendaki hukum Islam.

Ahmad Zahid berkata, apabila garis panduan itu dikeluarkan umat Islam yang hendak mengangkat sumpah secara Islam perlu mematuhinya bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan.

Dalam pada itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, garis panduan itu kelak diharap dapat menjelaskan hukum dan kaedah sebenar tentang sumpah dan tidak lagi dilakukan sesuka hati oleh mana-mana pihak.

"Panduan itu telah pun dibincangkan dan apabila diterbitkan kelak, diharap orang Islam tidak lagi keliru tentangnya. Kita tidak mahu lagi kes sumpah yang menimbulkan keraguan ramai.

"Apa yang terkandung di dalam panduan itu nanti, diharap ia dapat diikuti oleh semua umat Islam," kata Harussani.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan