Ada usaha jatuhkah kerjaya politik saya - Murugiah

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP), T. Murugiah tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan Pemuda parti hujung bulan ini kerana telah mencecah usia 45 tahun iaitu had umur bertanding bagi jawatan tersebut.

Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun berhasrat untuk bertanding jawatan tinggi dalam badan induk PPP pada pemilihan parti yang dijadual akan diadakan pada tahun hadapan.

"Bagaimanapun, saya belum membuat keputusan jawatan yang akan saya tandingi," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Murugiah telah memegang jawatan Ketua Pemuda selama 13 tahun bermula tahun 1996.

Ketika ditanya mengenai beberapa pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau dalam menyuara dan menyelesaikan masalah rakyat di bawah kementeriannya melalui Biro Pengaduan Awam (BPA), Murugiah tidak menafikan perkara itu namun katanya, beliau hanya menjalankan tugasnya.

"Tugas kami di BPA adalah untuk mendengar dan menyiasat aduan rakyat. Saya hanya menjalankan tugas saya.

"Hasil daripada usaha itu, BPA kini telah mendapat publisiti yang meluas dan rakyat pun tahu ke mana mereka harus rujuk jika menghadapi masalah.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) pun begitu senang hati dengan perkembangan ini," katanya.

Ketika ditanya sama ada sikap prihatin yang ditunjukkannya itu juga akan mengundang rasa tidak senang bagi orang-orang dalam politik, Murugiah turut tidak menolak kenyataan itu.

Katanya, beliau percaya memang ada usaha untuk menjatuhkannya dalam politik.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan