Semua parti politik menyokong kod etika budi bahasa Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk memperhebatkan kempen Budi Bahasa di kalangan oleh ahli Parlimen rata-rata disambut baik oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan juga kalangan parti pembangkang.

Kebanyakan mereka bersetuju jika kempen tersebut dilaksanakan namun masing-masing mempunyai pandangan fahaman yang berbeza.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin berkata, beliau amat menyokong cadangan dikemukakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelmarin.

"Saya amat bersutuju dan sokong penuh cadangan kempen ini, namun ia perlu diperluaskan meliputi semua peringkat," katanya yang ditemui di Parlimen.

Katanya, melalui kempen ini ahli Parlimen akan sentiasa berwaspada dalam penggunaan perkataan-perkataan yang bersesuaian ketika berhujah dalam Dewan Rakyat.

"Namun biasalah, kadang-kadang bila kita leka berhujah... ada juga tersasar dari etika bahasa," katanya.

Tambah beliau, kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang sepatutnya behati-hati sebelum bercakap agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

"Lepas ini kalau mana-mana ahli Parlimen nak buat teguran atau celahan, perlulah pandai memilih perkataan yang sesuai agar pihak yang kita mahu tegur tidak tersinggung," katanya.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) turut bersetuju dengan memperkenalkan kempen tersebut di kalangan ahli Parlimen.

"Kempen ini bagus, semua pihak harus amalkan budi bahasa yang baik terutamanya apabila berhujah dalam Dewan.

"Sepatutnya kita tak boleh gunakan perkataan sesuka hati tanpa berfikir terlebih dahulu, dengan kempen tersebut diharap semua pihak akan lebih berhemah ketika bercakap," katanya.

Namun katanya, kadang-kadang ada pihak yang cuba untuk membangkitkan kemarahan ketika seseorang ahli Parlimen berhujah sehingga mengundang kontroversi.

"Memanglah kita nak amalkan budi bahasa yang baik, tapi kalau mereka mencelah dan bangkitkan perkara yang boleh cetuskan kemarahan, kadang-kadang kita juga boleh hilang sabar," katanya.

Setiausaha Publisiti DAP, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut menyokong kempen tersebut.

Namun katanya isu etika Ahli Parlimen ini bukanlah sesuatu yang besar dan perlu diberi perhatian yang khusus.

"Ada banyak lagi isu lain yang perlu diberi perhatian, namun sebenarnya baik juga kempen ini dilaksanakan," katanya.

"Tapi bila kita gaduh-gaduh itu adakalanya tersasul juga dengan beberapa perkataan yang tak sepatutnya," katanya.

Bgaimanapun katanya, perkara tersebut tidak perlu dipandang serius kerana adakalanya Ahli Parlimen mempunyai tafsiran berbeza tentang sesuatu perkataan yang digunakan.

"Kadang-kadang kita maksudkan lain, tapi orang faham lain... itu perkara biasa," katanya.

Dalam pada itu, Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau) juga bersetuju dengan pelaksanaan kempen tersebut, namun tidak perlu terlalu bergantung kepadanya.

Kata beliau, seharusnya tiada pendekatan tadbir dan arah diperkenalkan kerana sepatutnya ahli Parlimen diberi kebebasan untuk berhujah dan menyampaikan pandangan.

"Apa yang lebih penting ialah melalui pendidikan kerana melaluinya kita akan bertindak dan berkelakuan dengan baik dan berhemah," katanya.

Bagaimanapun beliau menyokong usaha yang dibuat untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai sebuah Parlimen bertaraf dunia.

Semalam Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga mengalu-alukan penggubalan kod etika seumpama itu bagi memandu dan membimbing wakil rakyat.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan