Beli Eurocopter: PAC dapati tiada unsur seleweng

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Tiada unsur penyelewengan dalam isu pembelian Eurocopter, yang memerlukan dana RM1.6 bilion, yang ditangguhkan Selasa lalu. Demikian hasil siasatan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini.

Jawatankuasa itu mengadakan pertemuan sejak minggu lalu untuk meneliti isu pembelian Eurocopter yang ditangguhkan minggu lalu.

Ketika mengumumkan hasil siasatannya, Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, siasatan pihaknya menunjukkan semua prosedur pembeliannya dijalankan dengan betul.

Kata beliau, berdasarkan kepada tinjauan selama dua minggu di peringkat teknikal dan kewangan, didapati prosedur pembelian memang mengikut tatacara yang ditentukan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.

"Memang dari segi tanggungjawab PAC adalah untuk melihat sama ada prosedur diikuti.

"Perlu diingat ini adalah tender antarabangsa, kita sedang diperhatikan dunia.

"Jadi kita perlu teluas... Jadi, dalam proses penilaian, kita dapati prosedurnya diikuti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di sini hari ini.

PAC turut memperakui bahawa adalah menjadi keperluan dalam bidang pertahanan negara untuk mempunyai helikopter yang terkini selepas mendapati helikopter Nuri yang dimiliki sejak 40 tahun lepas, kini di dalam proses pelupusan dan penggantian.

Beliau berkata, daripada tujuh penender yang mengemukakan tender pembelian helikopter, tiga daripadanya didapati sesuai yang menawarkan harga pada RM1.262 bilion, RM1.604 bilion dan RM2.442 bilion.

"Tanggungjawab PAC ialah untuk melihat prosedur diikuti dan perlu diingat bahawa ini ialah tender antarabangsa," kata beliau.

"Ada beberapa persepsi yang perlu diperjelaskan, ada yang kata harganya ialah RM2.3 bilion, RM1.67 bilion dan juga RM1.1 bilion... semua itu salah.

"Ada tiga tender yang sesuai. Harga yang lebih rendah ialah RM1.267 bilion, RM1.604 bilion dan RM2.442 bilion.

"Namun kerajaan putuskan untuk membeli helikopter yang berharga RM1.604 bilion iaiu jenis eurocopter," katanya.

Bagaimanapun PAC kurang senang kerana tiada penilaian fizikal dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab sebelum kerajaan memutuskan untuk membuat pembelian 12 buah Eurocopter EC-725.

"Cuma PAC kurang senang tentang tidak adanya penilaian fizikal, maknanya tiada pemeriksaan yang terpeinci bagi jenis helikopter yang hendak dibeli," katanya.

Siasatan PAC tidak hanya memberi tumpuan kepada isu pembelian Eurocopter sebaliknya turut menyentuh mengenai perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab jawatankuasa tersebut.

Tambah beliau, PAC diberitahu bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak membuat sebarang uji terbang tehadap helikopter tersebut kerana ia kini diguna pakai diperingkat antarabangsa.

"Juruterbang TUDM telah buat uji terbang jenis ini (Eurocopter) dahulu, jadi berasakan pengalaman tersebut maka mereka rasakan tidak perlu (penilai fizikal)," katanya.

Bagaimanapun katanya, PAC mencadangkan supaya apabila sampai ketahap penyerahan helikopter tersebut walaupun pembeliannya ditangguhkan, maka TUDM perlu membuat pemeriksaan yang rapi sebelum menerimanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu mengumumkan penangguhan tersebut berkata, PAC diberi peluang untuk memperhalusi mengenai perkara yang berkaitan dengan cadangan pembelian 12 buah Eurocopter EC-725.

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meneliti isu pembelian Eurocopter akan diteruskan hari ini walaupun kerajaan telah memutuskan penangguhan pembelian helikopter terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rancangan pembelian Eurocopter yang secara keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion akan ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi mengizinkan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan, keputusan penangguhan tersebut dibuat pada 13 Oktober lalu oleh Majlis Ekonomi.

Abdullah menegaskan, beliau percaya pembelian Eurocopter dilakukan secara telus melalui tender terbuka.

"Cadangan telah pun dikaji oleh Kementerian Pertahanan untuk mementukan helikopter mana yang hendak dibeli dan semua ini dibuat mengikut tender terbuka dan daripada tender inilah maka Euro helikopter itu dipilih kerana ia memenuhi keperluan-keperluan kita... spesifikasi yang telah ditetapkan itu nampaknya dipenuhi oleh Euro Helikopter," katanya.

Abdullah menafikan dakwaan bahawa Eurocopter dibeli dengan harga RM2.3 bilion dan ia dibeli dengan harga yang lebih mahal berbanding helikopter yang sama dibeli oleh Brazil.

Abdullah berkata, pembelian Eurocopter dilihat begitu mahal kerana ia mempunyai beberapa fungsi termasuk bagi tujuan menyelamat, pertempuran dan pengangkutan.

Kerajaan melalui mesyuarat Kabinet pada 18 Julai 2007 memutuskan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri berikutan rungutan beberapa Anggota Parlimen dan masyarakat umum berhubung helikopter jenis itu yang sering terlibat dalam nahas udara dan mengorbankan anggota tentera.

Pada 3 September lalu, Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADs) dan kementerian itu mengeluarkan Surat Hasrat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.

Bagaimanapun isu pembelian 12 Eurocopter EC-725 itu timbul semula sebaik ianya diumumkan Abdullah pada 26 September lalu.

Isu ini turut dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu yang ingin mengetahui ketelusan dalam pembelian Eurocopter kerana didakwanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan