MT arah pelobi calon usah berkampung raih undi

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno mengeluarkan arahan agar pelobi, perayu undi dan ejen yang mewakili mana-mana calon bakal bertanding, yang didapati berkampung di beberapa hotel di ibu negara Lumpur atau mana-mana bandar, agar pulang ke kampung masing-masing.

Kegagalan berbuat demikian akan membolehkan mereka diambil tindakan jika kehadiran mereka dikesan oleh pasukan pemantau yang telah pun ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Umno bagi memastikan kempen bagi pemilihan parti tidak dicemari oleh kegiatan yang melanggar peraturan dan tata etika parti.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Ibu Pejabat Umno sudah diberitahu bahawa ramai pelobi dan ejen calon yang berkampung di hotel-hotel besar sama ada di Kuala Lumpur atau di bandar-bandar lain serta tentang kemungkinan bahawa mereka terlibat dalam kegiatan rasuah politik.

Selain itu, katanya, MT juga mengarahkan semua calon yang memegang jawatan dalam kerajaan agar berhenti menggunakan jentera kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk tujuan meraih undi dan sokongan.

"Kita bincang berkaitan perkara yang bersabit lobi melobi, kempen, rayu undi dan sebagainya.

"Ada yang mungkin gunakan politik wang. Jadi MT dah bersetuju keluarkan satu arahan berkaitan perkara ini.

"Pertamanya bagi ejen dan pengurus kempen dan perayu undi saya ingin beri amaran agar pulang ke kawasan masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau yang dah mula jalankan tugas mereka.

"Kedua, penggunaan jentera kerajan untuk berkempen, saya nak nasihat agar itu dihentikan dan ketiga saya nasihatkan kumpulan tertentu agar berhenti menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) fitnah dan tohmahan tentang seseorang calon," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat MT hari ini.

Beliau juga mengingatkan mereka yang menerima SMS yang berbentuk demikian agar jangan mempercayainya.

Abdullah turut mengingatkan semua calon agar sentiasa patuh pada semua peraturan yang telah ditetapkan oleh tata etika parti bagi mengelakkan mereka diambil tindakan tata tertib.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa Ibu Pejabat Umno akan mengatur pertemuan-pertemuan khusus yang membolehkan semua calon yang bertanding kelak bertemu dengan ahli-ahli di peringkat negeri.

Pertemuan itu, katanya, akan diatur di semua negeri bagi memberi peluang calon-calon yang bertanding memperkenalkan diri mereka kepada perwakilan dan ahli Umno kelak.

Selain pertemuan yang akan diatur oleh Ibu Pejabat itu, katanya, calon-calon tidak dibenarkan mengadakan pertemuan untuk tujuan berkempen bagi mengelakkan kejadian yang bertentengan dengan kehendak tata etika.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan