Fatwa diteliti Persatuan Pengguna minta umat Islam jauhi amalan yoga

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr. Maamor Osman menasihatkan umat Islam negara ini agar mematuhi apa yang bakal diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan dengan amalan yoga.

"Saya nasihatkan kepada semua pengguna agar berhati-hati dalam membuat keputusan dalam amalan yoga ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam," katanya kepada mStar Online hari ini.

Jelasnya, dari segi prinsipnya PPIM akan berpegang teguh dan menyokong penuh keputusan Majlis Fatwa yang akan diumumkan kelak.

"Kalau Yoga merupakan aktiviti yang menyerupai kaum tertentu maka pengguna Islam perlu meninggalkannya dengan segera kerana ia bertentangan dengan agama Islam," katanya.

Menurut beliau, orang ramai terutamanya pengguna Islam masih punya banyak pilihan lain untuk mengamalkan aktiviti berbentuk kesihatan selagi ia tidak mendatangkan fitnah.

"Pengguna masih punya banyak pilihan dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan cara yang tidak mendatangkan fitnah," katanya.

Beliau pada masa yang sama meminta semua pengguna Islam bersatu dan memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka yang lebih arif dalam isu berkenaan.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Mohamad Sheikh Abdul Aziz hari ini enggan mengulas lanjut mengenai keputusan yang akan diumumkan berhubung keputusan hukum senaman yoga kepada pengamal senaman itu yang beragama Islam.

"Kena tunggu Majlis Fatwa umumkan, saya tidak ada kuasa untuk bercakap mengenainya sekarang," katanya.

"Keputusan mengenainya sudah ada tapi tunggu Pengerusi (Dr. Shukor) umumkannya," katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim, Othman Mustapha berkata keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd Nasir Omar menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman tersebut supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

"Saya nasihatkan umat Islam yang mengamalkannya agar segera berhenti kerana ia boleh memosongkan akidah. Itu yang kita bimbang," katanya.

Yoga merupakan amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 sebelum masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan