Mesyuarat MT Umno Jumaat ini

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sebelum ini diuar-uarkan diadakan esok sebenarnya telah ditetapkan pada Jumaat ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika dihubungi mStar Online hari ini berkata, mesyuarat tersebut sememangnya dijadualkan pada 31 Oktober ini jam 3 petang dan bukannya esok seperti yang disiarkan media sebelum ini.

"Siapa kata esok? Kamu yang buat spekulasi kata esok" katanya ketika ditanya mengenai kenyataan beberapa pemimpin Umno yang mengatakan mesyuarat MT tersebut akan diadakan pada 30 Oktober ini.

Ditanya mengenai perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, Tengku Adnan enggan mengulas lanjut.

"Saya tak boleh beritahulah. Itu rahsia parti," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, mesyuarat tersebut sememangnya akan diadakan Jumaat ini.

"Kalau ada pemimpin-pemimpin Umno yang mengatakan ia (mesyuarat) akan diadakan esok, itu silap sebut sebenarnya," katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa mesyuarat MT Umno akan diadakan esok.

"Kita akan jawab semua soalan ini (berkaitan peralihan tarikh) pada 30 haribulan (Oktober). Buat masa ini, tidak ada sebarang perubahan tarikh yang dibuat," kata Najib pada sidang akhbar ketika ditanya berhubung perubahan tarikh pemilihan Umno selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Felda di sini, Selasa lalu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan