Shahidan mahu debat terbuka diadakan secara tertutup

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata debat terbuka tidak wajar dilaksanakan.

Menurutnya, debat tersebut wajar dilakukan secara tertutup yang dihadiri oleh anggota-anggota perwakilan mengikut sayap Umno sahaja.

“Saya tak setuju dengan debat terbuka tapi kalau debat itu diadakan secara tertutup saya setuju,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Jelas Shahidan, debat yang diadakan secara tertutup memberi peluang kepada para perwakilan sayap Umno menilai kebolehan calon-calon yang bertanding.

Beliau yang juga Naib Presiden Perkim berkata, jika debat tersebut hanya diadakan antara calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir, ia akan menimbulkan pergeseran antara kedua-dua pihak.

“Kenapa perlu Khairy dan Mukhriz sahaja? Kenapa tak masukkan Puteri, Wanita serta calon-calon yang bertanding MT juga patut dimasukkan...barulah adil,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) yang diterima Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad, Shahidan menyifatkan golongan yang menghantar sms sebagai pengecut kerana tidak berani muncul di khalayak ramai.

Baru-baru ini Shahrir menerima lebih 10 sms berbaur ugutan agar mencalonkan gandingan pemimpin tertentu bagi jawatan tertinggi pada pemilihan Umno Mac depan.

Beliau yang juga Ketua Perhubungan Umno Negeri Perlis berkata penerima sms berkenaan perlu juga membuat penilaian terhadap sms yang diterima.

“Sms yang diterima ini perlu juga kita lihat dan bagaimana kita nak tafsirkan balik tentang ugutan-ugutan. Saya ada juga dapat 4-5 sms seperti itu.

“Kalau pada saya ia tak bagi kesan sangat tapi kita kena tengok juga kalau dia hantar pada banyak orang dan kita cerita sms itu dia akan jadi isu," katanya.

Tegasnya, ugutan melalui sms tidak sepatutnya berlaku diperingkat pemilihan calon dan budaya negatif seperti itu wajar dihapuskan.

“Ugutan ini tidak hanya tertumpu pada politik semata-mata kerana ia berlaku disemua peingkat,” katanya.

Beliau juga Bekas Menteri Besar Perlis pada masa yang sama turut menyarakan pihak berwajib tertutamanya kerajaan harus mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan