Sidang Kota Tinggi kecoh protes hukuman Lembaga Disiplin

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kota Tinggi hari ini kecoh apabila beberapa perwakilan mempersoalkan keputusan penggantungan keahlian tiga tahun terhadap beberapa orang pemimpin peringkat bahagian itu baru-baru ini.

Kekecohan itu berlaku sebelum mesyuarat dimulakan dengan rasmi, sebaik ketua bahagian itu Datuk Seri Syed Hamid Albar selesai memberikan ucapan perasmian.

Kata-kata kasar digunakan oleh golongan yang berbeza pendapat sehingga memaksa Syed Hamid naik semula ke pentas merayu agar perwakilan tidak menggunakan apa yang dipanggilnya undang-undang hutan.

Kekecohan itu berlanjutan lebih kurang 40 minit dengan panggilan 'tongong' (bodoh) dan 'bangang' digunakan oleh kumpulan-kumpulan berbeza.

Mesyuarat perwakilan bahagian itu memang dijangkakan panas berikutan ketidakpuasan hati sebahagian perwakilan terhadap keputusan penggantungan keahlian beberapa pemimpin bahagian setelah disabitkan dengan rasuah politik oleh lembaga disiplin Umno.

Dalam pada itu, Bahagian tersebut telah mencalonkan Datuk Seri Mohd Najib Tun razak sebagai Presiden manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib bagi jawatan Timbalan Presiden bagi pemilihan parti Mac tahun depan.

Tiga Naib Presiden yang dicalonkan Bahagian itu pula adalah, Datuk Seri Syed Hamid Albar,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri dr. Ahmad Zahid Hamidi.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan