Khir Toyo sudah layak saingi Ketua Pemuda Umno

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Muhammad Khir Toyo muncul calon ketiga melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Mac depan.

Beliau memperoleh pencalonan yang ke-39 semalam iaitu daripada bahagian Balik Pulau.

Ketika dihubungi, Khir melahirkan rasa gembira kerana mendapat kepercayaan dari bahagian-bahagian tertentu untuk merebut jawatan tersebut.

"Saya bersyukur kepada mereka (bahagian) yang telah mencalonkan saya. Insya-Allah, amanat yang dipertanggungjawabkan akan dipikul sebaik mungkin," ujar beliau.

Antara bahagian lain yang mencalonkan beliau sebelum ini ialah Masjid Tanah, Shah Alam, Sungai Siput, Marang, Cheras, Nibong Tebal, Selayang, Wangsa Maju, Segambut, Labis dan Dungun.

Dengan itu, jawatan Ketua Pemuda bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru yang mana selain beliau, dua pemimpin yang sudah layak bertanding ialah Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mohamad dan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Mengulas mengenai saingan yang diterima daripada dua pemimpin tersebut, beliau menganggap setiap calon mempunyai potensi yang sama rata untuk memenangi jawatan itu.

"Masih ada lebih kurang empat bulan sebelum pemilihan bermula dan sudah tentu semua mempunyai peluang yang sama.

"Apa yang saya harap agar pencalonan saya juga akan bertambah," tambah beliau.

Kelmarin Khairy, Ahli Parlimen Rembau telah menerima 44 pencalonan manakala Mukhriz di tempat teratas dengan 66 pencalonan.

Pada Rabu lalu, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah mengesahkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dalam pada itu, sehingga pukul 8 malam tadi, Khir telah memperoleh 47 pencalonan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan