Mahathir ulangi gesaan isytihar perang satu jenayah

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam tadi mengulangi gesaan agar perang dianggap sebagai satu bentuk jenayah, sekali gus mengurangkan peperangan serta keperluan untuk pertahanan.

Dr. Mahathir yang juga pengasas dan pengerusi Yayasan Jenayah Perang Kuala Lumpur berkata, perang boleh menjadikan seseorang manusia biasa bersifat haiwan dan keganasan yang dilakukan adalah di luar imiginasi manusia biasa.

"Ingatlah, ia (jenayah perang) dilakukan oleh manusia biasa seperti kita yang disemai dengan kebencian untuk orang yang mereka tidak tahu dan tidak melakukan apa-apa kerosakan pada mereka. Mereka dilatih oleh kerajaan bertamadun untuk membunuh.

"Mungkin ada kes perang untuk mempertahankan diri. Tapi jika kita menjadikan perang satu jenayah, peperangan akan berkurangan dan keperluan untuk pertahanan juga kurang," katanya pada Jamuan Malam Amal Diraja dan pelancaran Yayasan Mengiktiraf Perang Sebagai Jenayah di sini, malam tadi.

Yayasan tersebut dilancarkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dr. Mahathir berkata, masyarakat perlu memahami keburukan perang dan sepatutnya memikirkan nasib mangsa perang yang masih muda.

"Fikirkan penderitaan ahli-ahli keluarga apabila mereka akhirnya terpaksa mengenal pasti cebisan-cebisan badan dan jenazah yang menyayat hati orang-orang yang mereka sayang," katanya.

Dr. Mahathir berkata, setiap manusia menganggap pembunuhan sebagai satu jenayah serius yang membolehkan hukuman berat dikenakan.

"Bagaimana kita membenarkannya dengan menghalalkan pembunuhan dalam jumlah yang ramai, beratus ribu orang disertai dengan kemusnahan pekan-pekan dan bandar," katanya.

Yayasan itu ditubuhkan tahun lalu untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada mangsa perang serta meningkatkan pendidikan untuk individu dan komuniti yang terjejas akibat peperangan atau konflik senjata.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan