Khairy layak tanding Ketua Pemuda Umno

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Persidangan perwakilan bahagian masuk minggu ketiga dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sudah layak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Mac depan.

Ahli Parlimen Rembau itu menerima lima pencalonan - daripada Pemuda Umno Bahagian Tawau, Tangga Batu, Sembrong, Sabak Bernam dan Papar hari ini, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya setakat ini sebanyak 42 pencalonan.

Ahli Parlimen Jerlun yang juga exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir masih mendahului dengan 65 pencalonan termasuk dua pencalonan baru hari ini dan satu pencalonan dari Kubang Pasu semalam.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo setakat ini memperoleh 32 pencalonan termasuk Pemuda Marang yang mencalonkannya semalam dan dua lagi pencalonan hari ini.

Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, anggota Parlimen Muar Razali Ibrahim masih mengungguli persaingan itu dengan mendapat 69 pencalonan daripada lima bahagian hari ini termasuk daripada Hulu Terengganu, Kubang Pasu dan Rawang.

Calon lain untuk jawatan itu ialah, Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican yang sehingga kini memperoleh 54 pencalonan, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu Bahrul Razha Chuprat (3), manakala Khairy, Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Marzuki Yahaya, Ketua Pemuda Umno Subang Megat Firdaus Megat Junid dan Ketua Pemuda Umno bahagian Kapar Faizal Abdullah, masing-masing masih dengan satu pencalonan.

Jumlah yang diperlukan untuk layak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno ialah 39 pencalonan manakala Naib Ketua Pemuda memerlukan 20 pencalonan.

Sementara itu, Ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz masih mengungguli pencalonan bagi jawatan ketua Wanita Umno dengan mengumpul 82 pencalonan termasuk satu lagi pencalonan yang diterima daripada Wanita Umno bahagian Sembrong hari ini.

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga mendapat satu lagi pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita iaitu dari bahagian Hulu Terengganu menjadikan jumlah pencalonan terkumpul yang diterimanya bagi jawatan itu sehingga hari ini ialah 42.

Bagi Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pencalonan yang diperolehnya kini menyamai jumlah pencalonan ketua penerangan pergerakan itu Datuk Shahaniza Shamsuddin iaitu masing-masing memperoleh 44 pencalonan.

Rosnah menerima satu pencalonan dari Kubang Pasu hari ini, manakala Shahaniza pula memperoleh pencalonan tunggal daripada Hulu Terengganu.

Sementara itu pengerusi Biro Keahlian Puteri Umno Datin Ismalina Ismail kekal dengan 22 pencalonan, setiausaha Puteri Umno Bibi Sharliza Mohd Khalid (16), ketua Puteri Umno Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (7) dan ketua Puteri Umno Terengganu Senator Nordiana Shafie (1).

Tiada Umno bahagian yang mengadakan mesyuarat hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima 11 pencalonan hari ini termasuklah dari bahagian Jasin dan Marang dan masih menjadi calon tunggal untuk jawatan Presiden dengan 77 pencalonan.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan pemimpin pertama menawarkan diri bertanding jawatan Presiden belum menerima sebarang pencalonan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menjadi calon popular bagi jawatan timbalan presiden dengan mendapat enam lagi pencalonan hari ini dan menjadikan jumlahnya ialah sebanyak 52 pencalonan.

Had kelayakan bagi seorang anggota parti bertanding jawatan presiden ialah 58 pencalonan manakala bagi jawatan timbalan presiden ialah 39 pencalonan.

Dua lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing menambah satu pencalonan.

Mohd Ali menerima empat pencalonan lagi termasuklah daripada bahagian Jasin dan Dungun menjadikan 16 pencalonan, manakala Muhammad menerima pencalonan dari bahagian Marang menjadikan sembilan pencalonan setakat ini.

Sementara itu, bagi pertandingan peringkat Naib Presiden, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin terus mendahului dengan mendapat sembilan lagi pencalonan hari ini, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya setakat ini sebanyak 62 pencalonan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menerima tujuh pencalonan dengan menjadikan jumlah pencalonannya 45, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin mendapat tambahan lapan pencalonan dengan menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya sebanyak 38.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula menerima dua lagi pencalonan (34), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menerima dua pencalonan (16).

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan